Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kalau saya kerja di bukit,
     Kerja pula atas papan;
Malu saya bukan sedikit,
     Sudah heboh ratanya orang.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Kerja sebarang hebat,
     kasih sebarang tempat.

Bermaksud :

Bekerja dengan tidak menurut peraturan.

 

Lihat selanjutnya...(35)

288

Kill two birds with one stone

Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.

Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau

We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.

Kami betul-betul seperti sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(40)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengibaihkata kerjakata kerjamenganginkan padi untuk mengasingkan padi daripada hampa dengan cara mengibas-ngibas menggunakan nyiru. Proses ini dilakukan paling kurang oleh enam orang atau lebih. Padi dikaut dengan talam dan ditebarkan di satu kawasan yang di khaskan kemudian dikibas oleh beberapa orang menggunakan nyiruKalu tak dak orang yang buleh mengibaih minggu ni kita buat minggu depan.[kA.lu tA/ dA/ .ÒAN jAN bu.leh m«.Ni.bAC miN.gu ni ki.tA bu.wAt miN.gu d«.pAn]Kalau tidak ada orang yang boleh mengibas minggu ini kita buat minggu hadapan.
bret[bÒet]kata kerjaberleter.Buat reja cepat sikit, sat ni mak bret.[bu.wAt Ò«.dZA tS«.pAt si.kit sAt ni mA/ bÒet]Kerja buat cepat, nanti mak berleter.
betakteh[b«.tA/.teh]kata kerjamembuat sesuatu pekerjaan dengan tersangat lambat.Reja betakteh lagu tu bila taon nak habeh.[Ò«.dZA b«.tA/.teh lA.gu tu bi.lA tAon nA/ hA.beh]Kerja lambat seperti itu bila akan selesai.
pulon[pu.lon]kata kerjamelakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguhKalu tak pulon lagu ni, bila reja nak siap?[kA.lu tA pu.lon lA.gu ni bi.lA Ò«.dZA nA si.jAp]Kalau tidak bersungguh seperti ini, bila kerja hendak siap.
mentekedarah[m«n.t«.k«.dA.ÒAh]kata kerjamakan tetapi penggunaannya agak kasarApa reja pon tak buat asek mentekedarah saja.[A.pA Ò«.dZA pon tA/ bu.wAt A.se/ m«n.t«.k«.dA.ÒAh sA.dZA]Apa kerja pun tidak buat asyik makan saja.
hele-bele[hE.lE.bE.lE]kata adjektifberkenaan dengan kerja yang dibuat secara sambil lewa (sambalewa); halai-balai.Pasai leteh sangat, dia buat reja hele-bele.[pA.sAj l«.teh sA.NAt di.jA bu.wAt Ò«.dZA hE.lE.bE.lE]Sebab tersangat letih, dia buat kerja secara sambil lewa.
halai-balai[hA.lAj.bA.lAj]kata adjektifberkenaan dengan kerja yang dibuat secara sambil lewa (sambalewa); hele-bele.Pasai buat halai-balai, reja jadi tak senonoh.[pA.sAj bu.wAt hA.lAj.bA.lAj Ò«.dZA dZA.di tA/ s«.n.nh]Sebab buat sambil lewa, kerja jadi tidak senonoh.
bedak[bE.dA/]kata kerjamengagih-agihkan sesuatu yang banyak (seperti benda, pekerjaan) kepada sekumpulan orang supaya setiap orang mendapat bahagian masing-masing; bebedak.Malam ni ada mesyorat dekat rumah kenuri pasai nak bedak reja.[mA.lAm ni A.dA m«.S.ÒAt d«.kAt Òu.mAh k«.nu.Òi pA.sAj nA/ bE.dA/ Ò«.dZA]Malam ini ada mesyuarat di rumah kenduri sebab hendak mengagih-agihkan kerja.
celap-celup[tS«.lAp.tS«.lup]kata adjektifberkenaan dengan kerja yang dibuat tidak bersungguh-sungguhSegan nak suroh dia buat reja, reja dia besanya celap-celup.[s«.gAn nA su.Òoh di.jA bu.wAt Ò«.dZA Ò«.dZA di.jA bE.sA.øA tS«.lAp.tS«.lup]Malas hendak menyuruhnya membuat kerja, kerjanya biasa tidak bersungguh-sungguh.
yong[joN]kata kerjamembawa dan mengawal sekumpulan manusia atau haiwan (contohnya itik)Pagi-pagi dia yong itik pi bendang.[pA.gi.pA.gi di.jA joN i.tE/ pi b«n.dAN]Pagi-pagi dia membawa itik ke sawah.
12345678910...

Kembali ke atas