| petek | [p«.te] | kata kerja | 1. menuju guli dengan cara jari sebelah tangan memegang guli dan satu jari tangan yang lain lagi menolak guli | Tala betoi-betoi guli dia baru hang petek kuat-kuat. | [tA.lA b«.toj.b«.toj gu.li di.jA bA.Òu hAN p«.te ku.wAt.ku.wAt] | Tala betul-betul gulinya baru awak tuju kuat-kuat. |
| gerodek | [g«.Òo.dE/] | kata kerja | menggerak-gerakkan tangan atau menggunakan sesuatu yang lain (seperti kayu, buluh, besi dan lain-lain) secara berulang-ulang; gerodak, rodak, rodek | Tulong gerodek sat lubang kunci pintu bilek, telekat menatang apa tak tau. | [tu.loN g«.Òo.dE/ sAt lu.bAN kun.tSi pin.tu bi.le/ t«.l«.kAt m«.nA.tAN A.pA tA/ tAw] | Tolong gerodek lubang kunci pintu bilik, tidak tahu apa benda yang tersumbat. |
| gerodak | [g«.Òo.dA/] | kata kerja | menggerak-gerakkan tangan atau menggunakan sesuatu yang lain (seperti kayu, buluh, besi dan lain-lain) secara berulang-ulang; gerodek, rodak, rodek | Co hang gerodok bawah kate dengan penyapu nak bagi kucin tu keluaq. | [tS hAN g«.Òo.dA/ bA.wAh kA.te d«.NAn p«.øA.pu nA/ bA.gi ku.tSin tu k«.lu.wA)Ö] | Cuba awak gerodok dengan penyapu di bawah katil supaya kucing itu keluar. |
| kerosek | [k«.Ò.sE/] | kata kerja | mencari sesuatu; rosek. | Hang dok kerosek apa dalam beg tangan mak tu? | [hAN do/ k«.Ò.sE/ A.pA dA.lAm bEg tA.NAn mA/ tu] | Awak sedang mencari apa dalam beg tangan mak itu? |
| hele | [hE.lE] | kata kerja | membawa sesuatu yang berat dengan tangan; rembiang. | Penat aku hele barang-barang ni, troli semua dah habeh. | [p«.nAt A.ku hE.lE bA.ÒAN.bA.ÒAN ni tro.li s«.mu.wA dAh hA.beh] | Penat saya bawa barang-barang ini dengan tangan, troli semua suah habis. |
| gelinte | [g«.lin.tE] | kata kerja | 1. membulat-bulat sesuatu dengan menggunakan dua tapak tangan. | Biskut arab kena gelinte, tak buleh terap. | [bis.kut A.rAb k«.nA g«.lin.tE tA bu.leh t«.ÒAp] | Biskut arab kena buat bulat-bulat dengan tangan, tidak boleh terap. |
| merembiang | [m«.Òem.bi.jAN] | kata kerja | membawa banyak barang dengan kedua-dua belah tangan | Mak dok merembiang barang sampai jalan pon nak jatoh. | [mA/ do/ m«.Òem.bi.jAN bA.ÒAN sAm.pAj dZA.lAn pon nA/ dZA.toh] | Emak membawa banyak barang dengan kedua-dua belah tangan sehingga berjalan pun hendak terjatuh. |
| merenjaih | [m«.Ò«n.dZAC] | kata kerja | menghentakkan kaki atau tangan atau kedua-duanya kerana marah | Dalam cerita Batu Belah Batu Betangkop, Pekan merenjaih nak teloq ikan temakoi. | [dA.lAm tS«.Òi.tA bA.tu b«.lAh bA.tu b«.tAN.kop p«.kAn m«.Ò«n.dZAC nA/ t«.lo)Ö i.kAn t«.mA.koj] | Dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup, Pekan menghentakkan kaki dan tangan kerana hendak telur ikan temakul. |
| kelepiaq | [k«.l«.pi.jA)Ö)] | kata kerja | 1. mengibaskan jari. | Habeh ayaq tangan hang kena muka aku ni, pi la kelepiaq jaoh sikit. | [hA.beh A.jA)Ö tA.NAn hAN k«.nA mu.kA A.ku ni pi lA k«.l«.pi.jA)Ö dZAoh si.kit] | Habis air tangan kena muka saya ni, pergilah kibas jari jauh sikit. |
| pekop | [p«.kop] | kata kerja | 1. melengkungkan tapak tangan di atas sesuatu permukaan yang rata | Kami semua pakat pekop telinga bila nak cucoh meriam buloh. | [kA.mi s«.mu.wA pA.kAt p«.kop t«.li.NA bi.lA nA tSu.tSoh m«.Òi.jAm bu.loh] | Kami semua pekop telinga bila hendak menyalakan meriam buluh. |