Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.to.ran] | کوتورن

Definisi : barang apa yg kotor (spt najis, sampah, dll), benda kotor, sesuatu (spt tanda dsb) yg kotor yg melekat pd pakaian dll: air yg mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak; apa-apa ~ yg ada pd luka itu hendaklah dibersihkan dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.to.ran] | کوتورن

Definisi : sesuatu yg kotor (spt najis, sampah dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kotor (adjektif)
1. Bersinonim dengan cemar
Berantonim dengan bersih

2. Bersinonim dengan lucah: keji, tidak senonoh, cabul, jijik, durjana,
Berantonim dengan halus

Kata Terbitan : mengotorkan, kotoran, kekotoran, pengotoran, pengotor,


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
celet[tSE.lEt]kata kerjamenanggalkan kotoran yang melekat sedikitSat gi masa hang nak masok dewan, hang celet kasut hang kat rumput.[sAt gi mA.sA hAN nA/ mA.so/ dE.wAn hAN tSE.lEt kA.sut hAN kAt Òum.put]Nanti semasa awak hendak masuk dewan, awak celet kasut di rumput.
beselepat[b«.se.l«.pAt]kata adjektifberkenaan dengan kotoran yang melekat pada sesuatu.Taik ayam candu beselepat ataih tangga.[tA.ji/ A.jAm tSAn.du b«.se.l«.pAt A.tAC tAN.gA]Tahi ayam candu melekat atas tangga.
bekeretang[b«.k«.Ò«.tAN]kata adjektifberkenaan dengan kotoran yang kering pada sesuatu permukaan seperti anggota badan manusia, haiwan, pakaian, dan dinding.Pipi budak tu bekeretang dengan hinguih.[pi.pi bu.dA tu b«.k«.Ò«.tAN d«.NAn hi.NuC]Pipi budak itu bekeretang dengan hingus.

Kembali ke atas