Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.gu] | لاݢو

Definisi : 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjuk­kan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulang­ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb; berlagu berirama: suaranya berlagu-lagu; melagu bernyanyi, menyanyi: kedua-dua anak itu kemudiannya menari dan ~; melagui memberi berlagu (pantun, sajak, syair, dll); melagukan menyampaikan lagu, menya­nyikan, membaca dgn lagu (Quran, sajak, dll): mereka bersalung dan bernyanyi ~ pantun dagang dgn sedih; laguan ark nyanyian; pelagu ark orang yg menyampaikan lagu (nyanyian dll), penyanyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.gu] | لاݢو

Definisi : 1 bunyi suara yg berirama apabila membaca (bernyanyi, bercakap dll): Dlm pertandingan membaca al-Quran, ~ dan tajwid membawa markah yg banyak. 2 nyanyian; nyanyi: ~-~ asli. 3 ragam (corak) muzik atau nyanyian: ~ keroncong digemari oleh segolongan masyarakat Melayu. ~ tema lagu yg dimainkan berulang-ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb. berlagu 1 berirama; selaku bernyanyi: Suaranya ~. 2 bernyanyi. melagukan menyampaikan lagu; menyanyikan; membaca (sajak, al-Quran dll) dgn berlagu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagu (kata nama)
1. Bersinonim dengan irama: nada, rentak, langgam, rani,

2. Bersinonim dengan nyanyian: senandung, dodoi, pengulit, qasidah, lala, halwa telinga,

Kata Terbitan : berlagu, melagukan, pelagu,

Puisi
 

Sayang lagu serampang laut,
     Kulit timun atas meja;
Layang terbentang kemudi berpaut,
     Hendak sampai ke tepi juga.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tala[tA.lA]kata namaibu kunciLagu mana kawaq buleh masok pada hai tala pintu dia sikit punya besaq.[lA.gu mA.nA kA.wA)Ö bu.leh mA.so pA.dA hAj tA.lA pin.tu di.jA si.kit pu.øA b«.sA)Ö]Bagaimana pencuri boleh masuk sedangkan mangga pintunya terlalu besar.
mulot caih[mu.lot tSAC] celuparMulot caih lagu tu sapa pon tak buloq nak bekawan.[mu.lot tSAC lA.gu tu sA.pA pon tA/ bu.lo)Ö nA/ b«.kA.wAn]Celupar seperti itu siapa pun tidak ingin berkawan.
tak pandang[tA pAn.dAN] tak hairanTakat reja lagu tu mami tak pandang.[tA.kAt Ò«.dZA lA.gu tu mA.mi tA pAn.dAN]Jawatan seperti itu mami tidak hairan.
merak[m«.ÒA/]kata adjektifsombongKalu perangai merak sampai lagu tu, sapa pon tak buloq nak bekawan.[kA.lu p«.ÒA.NAj m«.ÒA/ sAm.pAj lA.gu tu sA.pA pon tA/ bu.lo)Ö nA/ b«.kA.wAn]Kalau perangai sombong seperti itu, siapa pun tidak ingin hendak berkawan.
   2. gatal atau miang berkenaan perangaiKita ni pompuan, tak elok merenyau lagu tu.[ki.tA ni pom.pu.wAn tA/ E.l/ m«.Ò«.øAw lA.gu tu]Kita ini perempuan, tidak elok berperangai miang seperti itu.
pulon[pu.lon]kata kerjamelakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguhKalu tak pulon lagu ni, bila reja nak siap?[kA.lu tA pu.lon lA.gu ni bi.lA Ò«.dZA nA si.jAp]Kalau tidak bersungguh seperti ini, bila kerja hendak siap.
pok[po]kata adjektifhabis dan tiada baki lagi berkenaan wangBesanya tengah bulan lagu ni aku dah pok.[bE.sA.øA t«.NAh bu.lAn lA.gu ni A.ku dAh po]Biasanya tengah bulan seperti ini saya sudah kehabisan wang.
kerekau[k«.Ò«.kAw]kata kerjaberikhtiar untuk mendapatkan sesuatu; rekau.Tengah-tengah bulan lagu ni mana aku nak kerekau duet.[t«.NAh.t«NAh bu.lAn lA.gu ni mA.nA A.ku nA/ k«.Ò«.kAw du.wet]Tengah-tengah bulan seperti ini mana saya hendak berikhtiar untuk mendapatkan duit.
kenja[k«n.dZA]kata kerjaberbaring telentang dan meronta-ronta.Anak dia memang lagu tu, kalu tak dengaq kata dia, dia dok kenja situ la[A.nA/ di.jA mE.mAN lA.gu tu kA.lu tA/ d«.NA)Ö kA.tA di.jA di.jA do/ k«n.dZA si.tu lA]Anaknya memang begitu, kalau tidak ikut kehendaknya, dia akan telentang di situlah.
betakteh[b«.tA/.teh]kata kerjamembuat sesuatu pekerjaan dengan tersangat lambat.Reja betakteh lagu tu bila taon nak habeh.[Ò«.dZA b«.tA/.teh lA.gu tu bi.lA tAon nA/ hA.beh]Kerja lambat seperti itu bila akan selesai.
12

Kembali ke atas