Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenang­wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memak­sa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, me­nuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan pergi seberang,
     Semai padi tumbuh lalang;
Saya umpama beras segantang,
     Mahu lebih tak mahu kurang.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing ikan,
     tak mahu membuang umpan.

Bermaksud :

Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.

 

Lihat selanjutnya...(58)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kot[kot]kata tugasagaknya.Co hang pi tanya, kot dia tak mau pi.[tSo hAN pi tA.øA kot di.jA tA/ mAw pi]Cuba awak pergi tanya, agaknya dia tidak mahu pergi.
temaa[t«.mA).A)][t«.mA).A)]kedekutHang ni temaa sunggoh, seringget pon tak mau derma.[hAN ni t«.mA).A) suN.goh s«.ÒiN.get pon tA mAw d«Ò.mA]Awak ini sungguh kedekut, seringgit pun tidak mahu derma.
segok[sE.g]kata adjektifkekok dan maluDia tak mau jadi pengapet penganten pasai kata dia segok.[di.jA tA mAw dZA.di p«.NA.pet p«.NAn.ten pA.sAj kA.tA di.jA sE.g]Dia tidak mahu menjadi pengapit pengantin sebab katanya dia malu.
het-het[het.het]kata tugasbersebab atau berpunca.Het-het belanggaq pokok nyoq, dia tak mau naek baskat.[het.het b«.lAN.gA)Ö po.ko ø)Ö di.jA tA mAw nAe bAs.kAt]Sejak berlanggar pokok kelapa, dia tidak mahu naik basikal.
masak kecut[mA.sA/ k«.dZut] berkenaan dengan buah muda yang masak sebelum tempoh matangBuah masak kecut ni burong pon tak buloq.[bu.wAh mA.sA/ k«.dZut ni bu.ÒoN pon tA/ bu.lo)Ö]Buah masak kecut ini burung pun tidak mahu makan.
buat akai[bu.wAt A.kAj] mencari helah untuk tidak melakukan sesuatu.Bila ujan dia mola buat akai tak mau pi sekolah.[bi.lA. u.dZAn di.jA m.lA bu.wAt A.kAj tA mAw pi s«.ko.lAh]Apabila hujan, dia mula buat helah tidak mahu pergi sekolah.
keras kedekiang[k«.ÒAC k«.d«.ki.jAN] berkenaan dengan sesuatu yang terlalu keras.Patot la sapa pon tak mau makan roti ni, dah keras kedekiang.[pA.tot lA sA.pA pon tA/ mAw mA.kAn Òo.ti ni dAh k«.ÒAC k«.d«.ki.jAN]Patutlah siapa pun tidak mahu makan roti ini, terlalu keras.
menyeronot[m«.ø«.Òo.not]kata kerjabergerak dengan pantas melalui bahagian yang rendah; meronotKami menyeronot bawah rumah pasai tak mau bagi orang nampak.[kA.mi m«.ø«.Òo.not bA.wAh Òu.mAh pA.sAj tA/ mAw bA.gi .ÒAN nAm.pA/]Kami berlari menyusup bawah rumah sebab tidak mahu orang nampak.
selibaq[s«.li.bA)Ö]kata namakain atau tuala yang diletakkan di atas bahuBesanya orang boh selibaq pasai tak mau bau dia becalaq masa pikoi barang berat.[bE.sA.øA o.ÒAN boh s«.li.bA)Ö pA.sAj tA mAw bAw di.jA b«.tSA.lA)Ö mA.sA pi.koj bA.ÒAN b«.ÒAt]Biasanya orang letak kain di atas bahu sebab tidak mahu bahunya bercalar semasa memikul barang berat.
   2. sombong dan kurang ajar.Sejak dia naek pangkat nampak juah sunggoh, kawan baek pon dia tak mau tegok.[s«.dZA/ di.jA nAe/ pAN.kAt nAm.pA/ dZu.wAh suN.goh kA.wAn bAe/ pon di.jA tA/ mAw t«.go)Ö]Sejak dia naik pangkat nampak sangat sombongnya, kawan baik pun dia tidak mahu tegur.

Kembali ke atas