Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.na]/[ma/.na] | معنا

Definisi : erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (me­ngandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.na]/[ma/.na] | معنا

Definisi : akronim bagi Majlis Kanser Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.na]/[ma/.na] | معنا

Definisi : erti sesuatu perkataan dll; maksud: Kita dpt bersembahyang dgn lebih khusyuk jika kita mengetahui ~ bacaan kita itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makna (kata nama)
Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil;,
Kata Terbitan : bermakna, memaknakan,

Puisi
 

Pagar besi pagar kota,
     Sampai ke taman bunga;
Abang tak reti adik berkata,
     Abang tak tahu apa makna.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Selauk senasi.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(958)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
yoya[jo.jA]kata kerjamembuat sesuatu yang tidak mendatangkan faedah seperti berbualYang hampa yoya sampai tengah malam buat apa? Baek pi tidoq.[jAN hAm.pA do/ jo.jA sAm.pAj t«.NAh mA.lAm bu.wAt A.pA bAe/ pi ti.do)Ö]Yang kamu semua yoya sampai tengah malam buat apa? Baik pergi tidur.
yong yat II[joN jAt] berkenaan dengan seseorang atau sesuatu yang terhuyung-hayangPerau tu yong yat pasai ombak kuat.[p«.ÒAw tu joN jAt pA.sAj om.bA/ ku.wAt]Perahu itu terhuyung-hayang sebab ombak besar.
yong yat I[joN jAt] papan jongkang jongkitAnak aku kalu pi padang pemenan suka naek yong yat.[A.nA/ A.ku kA.lu pi pA.dAN p«.mE.nAn su.kA nAe/ joN jAt]Anak saya kalau pergi ke padang permainan suka naik papan jongkang-jongkit.
yong[joN]kata kerjamembawa dan mengawal sekumpulan manusia atau haiwan (contohnya itik)Pagi-pagi dia yong itik pi bendang.[pA.gi.pA.gi di.jA joN i.tE/ pi b«n.dAN]Pagi-pagi dia membawa itik ke sawah.
wang-wing[wAN-kata kerjaberjalan mundar-mandir tanpa tujuanHang kalu dok wang-wing kat Komtar dapat apa?[hAN kA.lu do wAN-.wiN kAt kom.tAr dA.pAt A.pA]Awak kalau asyik wang-wing di Komtar dapat apa?
wak-wak[wA/.wA/]kata namasejenis burung yang terdapat di sawah atau paya   
wah-wah[wAh.wAh]kata adjektifgelisah, bimbangKami mola wah-wah pasai sampai pukoi dua belaih dia tak mai lagi.[kA.mi m.lA wAh.wAh pA.sAj sAm.pAj pu.koj du.wA b«.lAC di.jA tA/ mAj lA.gi]Kami mula gelisah kerana sehingga pukul dua belas dia belum datang.
utau[u.tAw]kata namaisyarat dengan menggunakan tanganJom kita pi, aku nampak dia utau suruh pi.[dZom ki.tA pi A.ku nAm.pA/ di.jA u.tAw su.Òoh pi]Mari kita pergi, saya nampak dia menggunakan tangan sebagai isyarat menyuruh pergi.
ut[u)t]kata adjektifkolotUt sunggoh dia ni sampai piza pon tak kenai.[u)t suN.goh di.jA ni sAm.pAj pi.zA pon tA/ k«.nAj]Sungguh kolot dia sehingga piza pun tidak tahu.
uroi[u.ҍj]kata kerjamengasingkan padi daripada hampa dengan bantuan anginDulu-dulu orang kayoh kipaih kayu bila nak uroi padi.[dulu.du.lu o.ÒAN kA.joh ki.pAC kA.ju bi.lA nA u.ҍj pA.di]Dahulu orang kayuh kipas kayu apabila mengasingkan padi daripada hampa.
12345678910...

Kembali ke atas