Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ri] | ماري

Definisi : 1. (ke) sini: kerana engkaulah aku datang ke ~; bawa ~ bungkusan itu; ke sana ke ~ ke sana ke sini; 2. perkataan utk meng­ajak orang berbuat sesuatu, ayuh, silakan: ~ kita pergi menjerat gajah, kerana musim ini gajah akan turun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ri] | ماري

Definisi : ; IB roti ~ sj kuih kering, biskut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ri] | ماري

Definisi : 1 di tempat ini; sini: Tolong bawa buku itu ke ~. 2 kata yg digunakan utk memanggil: Busu, ~ sebentar. 3 kata yg digunakan utk mengajak orang berbuat sesuatu; ayuh; silakan: ~ kita pergi ke Kuantan besok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mari (kata tugas)
Bersinonim dengan moh, ayuh, jum, yuk, mai, sini, silakan.,

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan sahaja Barat Laut;
Tidur mari sebantal mari,
     Kencang pinggang tetap dipaut.


Lihat selanjutnya...(516)
Peribahasa

Kundur tidak melata pergi,
     labu tidak melata mari.

Bermaksud :

Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mai[mAj]kata kerjamari, datangMai singgah dulu, tok sah balek lagi.[mAj siN.gAh du.lu to/ sAh bA.le/ lA.gi]Mari singgah dulu, jangan balik lagi.
pekena[p«.k«.nA]kata kerja1. makanSebelom pi jom kita pekena dulu.[s«.b«.lom pi dZom ki.tA p«.k«.nA du.lu]Sebelum pergi mari kita makan dulu.
jom[dZom]kata tugaskata ajakan.Semua dah siap, jom kita naek reta.[s«.mu.wA dAh si.jAp dZom ki.tA nAe/ ÒE.tA]Semua dah siap, mari kita naik kereta.
selangkom[s«.lAN.lom]kata kerja1. makan sampai habis; pairapMai kita selangkom moktan seraga ni.[mAj ki.tA s«.lAN.kom mk.tAn s«.ÒA.gA ni]Mari kita makan habis rambutan seraga ini.
utau[u.tAw]kata namaisyarat dengan menggunakan tanganJom kita pi, aku nampak dia utau suruh pi.[dZom ki.tA pi A.ku nAm.pA/ di.jA u.tAw su.Òoh pi]Mari kita pergi, saya nampak dia menggunakan tangan sebagai isyarat menyuruh pergi.
mot[m)t]kata kerjamembawa atau membonceng seseorang atau sesuatu dengan kenderaan (seperti basikal, motosikal, kereta dan sebagainya)Jom aku mot hang naek moto pi pekan.[dZom A.ku m)t hAN nAe/ m.t pi p«.kAn]Mari saya bawa awak naik motorsikal pergi ke bandar.
mengicah[m«.Ni.tSAh]kata kerjamakan buah-buahan dengan garam belacan (sejenis sambal)Jom kita pi mengicah pelam kat bawah pokok jambu.[dZom ki.tA pi m«.Ni.tSAh p«.lAm kAt bA.wAh po.ko/ dZAm.bu]Mari kita pergi makan mempelam di bawah pokok jambu.
ketok[k«.to/]kata kerjamemaksa seseorang membelanja seseorang atau sekumpulan orang kerana sebab-sebab tertentu.Dia baru dapat bonoih, jom kita ketok dia.[di.jA bA.Òu dA.pAt bo.noC dZom ki.tA k«.to/ di.jA]Dia baru dapat bonus, mari kita ketuk dia.
kecar[k«.tSA)Ö]kata kerja1. memicit-micit kepala dengan menarik rambut untuk melegakan sakit kepala.Mai kecaq kepala mak sat, pasai mak saket kepala.[mAj k«.tSA)Ö k«.pA.lA mA/ sAt pA.sAj mA/ sA.ket k«.pA.lA]Mari picit kepala mak sabentar, sebab mak sakit kepala.
koi-koi[koj.koj]kata adjektifberkenaan dengan seseorang atau sesuatu yang berkurangan sedikit demi sedikit.Orang dah pon koi-koi balek, jom kita balek.[.ÒAN dAh pon koj.koj bA.le/ dZom ki.tA bA.le/]Orang sudah pun berkurangan sedikit demi sedikit balik, mari kita balik.
12

Kembali ke atas