Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي

Definisi : 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguam­nya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي

Definisi : 1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Peribahasa

Sejernih-jernih air,
     kalau melalui pembuluh yang kotor,
tentu kotor juga.

Bermaksud :

Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pecah mengkarong[p«.tSAh m«N.kA.ÒoN] darah yang keluar melalui lubang hidung secara tiba-tibaKalu pecah mengkarong, hang sumbat daon sireh.[kA.lu dZA.di lA.gi p«.tSAh m«N.kA.ÒoN hAN sum.bAt dAon si.Òeh]Kalau darah keluar melalui lubang hidung secara tiba-tiba, awak sumbat dengan daun sirih.
meronot[m«.Òo.not]kata kerjabergerak dengan pantas melalui bahagian yang rendah; menyeronotAku nampak ulaq meronot bawah kayu.[A.ku nAm.pA/ u.lA)Ö m«.Òo.not bA.wAh kA.ju]Saya nampak ular menyusup bawah kayu.
menyeronot[m«.ø«.Òo.not]kata kerjabergerak dengan pantas melalui bahagian yang rendah; meronotKami menyeronot bawah rumah pasai tak mau bagi orang nampak.[kA.mi m«.ø«.Òo.not bA.wAh Òu.mAh pA.sAj tA/ mAw bA.gi .ÒAN nAm.pA/]Kami berlari menyusup bawah rumah sebab tidak mahu orang nampak.
rongkoi I[ҍN.kj]kata kerjamemegang kuat pada bahu atau lengan seseorangDia rongkoi laki dia bila lalu depan kuboq.[di.jA ҍN.kj lA.ki di.jA bi.lA lA.lu d«.pAn ku.bo)Ö]Dia memegang kuat lengan suaminya apabila melalui kubur.
menerojoi[m«.n«.Òo.dZoj]kata kerjalari lintang-pukang kerana takut atau dikejar sesuatuBudak-budak tu menerojoi kot tingkap bila mak depa nak pukoi[bu.dA/.bu.dA/ tu m«.n«.Òo.dZoj kot tiN.kAp bi.lA mA/ dE.pA nA/ pu.koj]Budak-budak itu lari lintang-pukang melalui tingkap apabila emak mereka hendak pukul mereka.

Kembali ke atas