Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lom.pat] | ملومڤت

Definisi : mengangkat kedua-dua kaki drtanah dsb terus ke atas atau ke depan, me­loncat: ia ~ turun ke tanah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lom.pat] | ملومڤت

Definisi : bergerak dgn mengangkat kedua-dua kaki atau kesemua kaki serentak; meloncat: Dia terkejut melihat ular di kakinya lalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sudah melompat ke dalam kolah,
     Kolah itu bernama perigi;
Saya tidak berhati resah,
     Sebab kita sudah berjanji.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Naik melompat,
     turun terjun.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.

 

Lihat selanjutnya...(20)

226

Don't get into deep water until you learn how to swim

Jangan melakukan sesuatu yang berisiko atau berbahaya selagi diri belum mampu untuk menanganinya atau menghadapinya.

Bertumpu dulu barulah melompat

You should not have agreed to take part in this expedition with the little experience that you have. My advice is, don't get into deep water until you learn how to swim.

Kamu tidak sepatutnya menyertai ekpedisi ini dengan hanya berbekalkan secebis pengalaman. Nasihatku, bertumpu dulu barulah melompat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kenjoi[kEn.dZoj]kata kerjamenghenjutkan badan dengan berdiri dihujung jari kaki sebelum berlari atau melompat.Sebelom nak lompat dia kenjoi dulu.[s«.b«.lom nA/ lom.pAt di.jA kEn.dZoj du.lu]Sebelum hendak melompat dia menghenjutkan badan dengan berdiri dihujung jari kakinya dahulu.
meriteh[m«.Òi.teh]kata adjektifberkenaan dengan gasing yang berpusing tidak ligat dan melompat-lompat.Gasin aku meriteh, aku kena pebetoi paku dia.[gA.sin A.ku m«.Òi.teh A.ku k«.nA p«.b«.toj pA.ku di.jA]Gasing saya berpusing tidak ligat dan melompat-lompat, saya perlu membaiki pakunya.
oncat[on.tSAt]kata kerjamenaikkan dan menurunkan umpan dalam air supaya umpan kelihatan seperti melompat-lompat. Ini dilakukan berulang-ulang kali ketika mengail untuk menarik perhatian ikanKalu nak mengai ikan puyu atau ruan, hang kena oncat umpan baru lekaih dapat ikan.[kA.lu nA m«.NAj i.kAn pu.ju A.tAw Òu.wAn hAN k«.nA on.tSAt um.pAn bA.Òu l«.kAC dA.pAt ikAn]Kalau hendak mengail ikan puyu atau haruan, awak perlu oncat umpan baru cepat dapat ikan.

Kembali ke atas