jelangak | [dZ«.lA.NA/] | kata adjektif | berkenaan dengan seseorang yang tidak memberi tumpuan pada keadaan sekeliling. | Awat yang jelangaq sangat ni, sampai tesepak bendoi. | [A.wAt jAN dZ«.lA.NA/ sA.NAt ni sAm.pAj t«.sE.pA/ b«n.doj] | Awak tidak memberi tumpuan, sehingga tersepak bendul. |
| | | 2.memberi gelaran kepada seseorang. | Depa acan dia dokyok pasai dia reja mata-mata. | [dE.pA A.tSAn di.jA do/.j/ pA.sAj di.jA Ò«.dZA mA.tA.mA.tA] | Mereka menggelarnya dokyok kerana dia bekerja sebagai polis. |
pesoh | [pE.sh] | kata kerja | memberi perhatian yang lebih kepada seseorang atau sesuatu | Menantu dia sorang tu saja yang pesoh dia masa dia kat hospital. | [m«.nAn.tu di.jA so.ÒAN tu sA.dZA jAN pE.sh di.jA mA.sA di.jA kAt hos.pi.tAl] | Menantunya seorang itu saja yang memberinya perhatian yang lebih semasa dia di hospital. |
bebuih mulot | [b«.buC mu.lot] | | berkenaan seseorang yang berulang kali memberi nasihat kepada seseorang tetapi tidak dihiraukan; bebuih-buih mulot. | Anak dia tak reja, bebuih mulot dia suroh anak dia pi reja kelang. | [A.nA/ di.jA tA/ Ò«.dZA b«.buC mulot di.jA su.Òoh A.nA/ di.jA pi Ò«.dZA ke.lAN] | Anak dia tidak kerja, berulang kali dia suruh anaknya pergi kerja kilang. |
bebuih-buih mulot | [b«.buC.b«.buC mu.lot] | | berkenaan seseorang yang berulang kali memberi nasihat kepada seseorang tetapi tidak dihiraukan; bebuih mulot. | Bebuih-buih mulot cek gu suroh budak-budak hapai kali-kali, tapi depa buat nin. | [b«.buC.b«.buC mulot tSE/ gu su.Òoh bu.dA/.bu.dA/ hA.pAj kA.li.kA.li tA.pi dE.pA bu.wAt nin] | Berulang kali guru menyuruh budak-budak menghafal sifir, tetapi mereka tidak mengindahkannya. |
mentara | [m«n.tA.ÒA] | kata nama | orang yang membantu melicinkan perjalanan kenduri kahwin (seperti membawa dan mengangkat hidangan, memberi bunga telur dan sebagainya.) | Hari kenuri pukoi dua belaih sampai pukoi satu tengah hari mentara tak menang tangan pasai orang dok timpa. | [hA.Òi k«.nu.Òi pu.koj du.wA b«.lAC sAm.pAj pu.koj sA.tu t«.NAh hA.Òi m«n.tA.ÒA tA/ m«.nAN tA.NAn pA.sAj .ÒAN do/ tim.pA] | Hari kenduri pukul dua belas sehingga pukul satu tengah hari mentara tidak menang tangan sebab orang ramai datang. |
beban | [bE.bAn] | kata adjektif | berkenaan dengan seseorang yang degil dan tidak mendengar nasihat. | Dia beban sunggoh, bebuih mulot-mulot aku suroh balek awai. | [di.jA bE.bAn suN.goh b«.buC mu.lot.mulot A.ku su.Òoh bA.le/ A.wAj] | Dia beban sangat, berulang kali saya memberi nasihat suruh balik awal. |