Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.kul] | مموکول

Definisi : 1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dll: kepalanya dipukul dgn besi paip; ~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dll) membunyikan beduk dll dgn pemalu; 2. ki melanggar, menempuh, mengalah­kan, menyerang, dll: apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dr darat; perahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum; bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan; 3. ki mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu: ini bukan menolong tetapi ~ namanya; 4. ki memakan atau membunuh (dlm permainan catur): tidak dapat ~ kuda; 5. ki = memukulkan ark Id memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan: belajar membahagi dan ~; dua dipukulkan dgn tiga; ~ besi menempa besi; ~ cap mengecap; ~ gambar mengambil gambar, memotret; ~ gamelan (canang, gong, sarun, dll) memainkan gamelan dll; ~ kawat Id berkirim telegram; ~ ‘knock-out’ meninju sehingga langsung kalah; ~ meja mengetuk meja; ~ mundur menyerang (musuh) hingga mundur; ~ musuh menyerang (meng­alahkan) musuh; ~ rata(kan) menjadikan rata-rata, menyamaratakan; ~ roboh meninju sam­pai roboh; ~ telefon bp bertelefon; ~ telur (dll) mengacau telur (supaya hancur dan naik); dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu prb Mn serba salah dlm sesuatu pekerjaan yg sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak di­kerjakan pun berbahaya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.kul] | مموکول

Definisi : mengetuk; ~ dulu bayar belakang barangnya diambil dulu, pembayarannya dibuat kemudian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.kul] | مموکول

Definisi : 1 mengenakan sesuatu yg keras dgn kuat; mengetuk; memalu: ~ canang. 2 merempuh atau melanggar; menyerang. ~ musuh menyerang musuh. ~ rata menjadikan sama rata. ~ telefon bp membuat panggilan telefon. ~ telegram bp mengirim telegram. ~ telur mengacau telur supaya hancur dan naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pukul1 (kata nama)
Bersinonim dengan jam.
Kata Terbitan : memukul, pukulan, pemukul,

Puisi
 

Raja panggil memukul canang,
     Canang dipukul bertali-tali;
Hendak meminta ataupun meminang,
     Bolehlah abang meminta sendiri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Melakak kucing di dapur.

Bermaksud :

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melukah ikan dalam panai, b. Memukul kucing di dapur). melakak = memukul dengan barang keras.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. memukul seseorangDia pediah budak yang suka acan dia.[di.jA pi.di.jAh bu.dA/ jAN su.kA A.tSAn di.jA]Dia memukul budak yang suka mengusiknya.
   5. memukul seseorangMata-mata tangkap dia pasai handaih orang.[mA.tA.mA.tA tAN.kAp di.jA pA.sAj hAn.dAC .ÒAN]Polis menangkapnya kerana memukul seseorang.
laboh[lA.boh]kata kerjamemukul.Dia laboh adek ipaq dia pasai curi duet.[di.jA lA.boh A.de/ i.pA)Ö di.jA pA.sAj tSu.Òi du.wet]Dia memukul adik iparnya sebab mencuri wang.
   2.mengerumuni, menyerang dan memukul seseorang.Bila depa dapat tangkap kawaq depa pakat kerutup.[bi.lA dE.pA dA.pAt tAN.kAp kA.wA)Ö dE.pA pA.kAt k«.Òu.tup]Bila mereka dapat tangkap pencuri mereka mengerumuni, menyerang dan memukul pencuri itu.
rembaih[Ò«m.bAC]kata kerjamemukul badan seseorang dengan menggunakan sesuatu (seperti kain, lidi, daun dan lain-lain)Mak dia rembaih dengan pelepah nyoq pasai dia tak pi mengaji.[mA di.jA Ò«m.bAC d«.NAn p«.l«.pAh ø)Ö pA.sAj di.jA tA pi m«.NA.dZi]Emak memukul badannya dengan menggunakan daun kelapa sebab dia tidak pergi belajar al-Quran.
   2 memukul seseorangMemang patot pon dia kena pediah pasai dok suka sangat ambek tau hai orang.[mE.mAN pA.tot pon di.jA k«.nA p«.di.jAh pA.sAj do su.kA sA.NAt Am.be tAw hAj o.ÒAN]Memang patutpun dia kena pukul sebab suka sangat ambil tahu hal orang.
dai[dAj]kata kerjamemukulDia kena dai sampai muka tepeleoq.[di.jA k«.nA dAj sAm.pAj mu.kA t«.p«.lE.o)Ö]Dia kena pukul dengan tangan sampai muka cacat.
boh[boh]kata kerjamemukul seseorang.Hang jangan dok masok campoq, aku boh sebijik baru hang tau.[hAN dZA.NAn do/ mA.so tSAm.p)Ö A.ku boh s«.bi.dZi bA.Òu hAN tAw]Awak jangan masuk campur, saya pukul baru awak tau.
rimbok[Òim.bo]kata kerjamemukul dengan kuatOrang yang cuba raba budak dalam baih terok kena rimbok.[o.ÒAN jAN tSu.bA ÒA.bA bu.dA dA.lAm bAC t«.Òo k«.nA Òim.bo]Orang yang cuba meraba budak dalam bas teruk dibelasah.
handoh[hAn.doh]kata kerjamemukul kuat dengan tangan atau dengan menggunakan sesuatuAbu lekaih-lekaih lari bila bapak dia nak handoh dengan tongkoi kayu.[A.bu l«.kAC.l«.kAC lA.Òi bi.lA bA.pA di.jA nA hAn.doh d«.NAn toN.koj kA.ju]Abu cepat-cepat lari bila bapanya hendak pukulnya dengan batang kayu.
12

Kembali ke atas