Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ri] | مناري

Definisi : ark melakukan tari dgn mengikut muzik: kakak Ramlah sedang ~, sedang berlatih ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ri] | مناري

Definisi : meng­gerakkan badan, kaki serta tangan mengikut irama muzik; melakukan tari: Kakak Salma pandai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tari
Kata Terbitan : menari, tarian, penari,

Puisi
 

Menari bangun menepung,
     Makan tepung bibir rasa;
Nyaris abang mati terkepung,
     Mujur ada sepintu dua.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Menari (= merentak) di ladang orang.

Bermaksud :

Bersenang-senang memakai harta orang atau bersenang-senang di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(5)

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gencok[gEn.tSo/]kata kerjamenari.Dulu masa ada panpe orang jenoh gencok.[du.lu mA.sA A.dA pAn.pE .ÒAN dZ«.noh gEn.tSo/]Dulu semasa ada ‘funfair’ ramai orang menari.
hewan[hE.wAn]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang melakukan sesuatu yang kurang sopan (seperti bersiul, menggoyangkan kaki, menyanyi dan lain-lain)Baru umoq empat taon berani menari depan orang, hewan sunggoh.[bA.Òu u.m)Ö «m.pAt tAon b«.ÒA.ni m«.nA.Òi d«.pAn .ÒAN hE.wAn suN.goh]Baru berusia empat tahun sudah berani menari di hadapan orang ramai, sungguh kurang sopan.
ghazal pati[xA.zAl pA.ti] kumpulan muzik berirama padang pasir dengan menggunakan alat -alat seperti gambus, akordian, biola dan lain-lain. Terdapat juga penari gelek lelaki yang berhias menyerupai perempuan dan kumpulan lawak jenaka.La ni ghazal pati dah tak dak darai menari.[lA ni xA.zAl pA.ti dAh tA dA dA.ÒAj m«.nA.Òi]Sekarang ini ghazal pati sudah tidak ada pondan menari.

Kembali ke atas