Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ku] | مڠاکو

Definisi : 1. membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar (bersalah, keliru, dll): pencuri itu sudah ~; 2. = ~ dirinya mengata­kan diri (bodoh, kaya, pandai, dll), mendakwa bahawa dirinya (pandai, tidak bersalah dll); 3. menanggung, menyanggupi: siapa yg ~ biaya­nya? 4. menganggap (sbg), menerima sbg: ~ anak; ~ bapak; ~ hartanya; 5. mem­banggakan (memegahkan) diri: di mana-mana, ia ~ saja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.ku] | مڠاکو

Definisi : 1 membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2 mengatakan “ya” ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3 menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaku

Puisi
 

Angkat galah sandar galah,
     Mari disandar di pohon pinang;
Kalau alah mengaku kalah,
     Janganlah adik mengaku menang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Aku alah engkaulah menang.

Bermaksud :

Tidak mahu mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
terejai[t«.Ò«.dZAj]kata kerjamengeluarkan kata-kata yang kesat; terajaiDia kata terejai kat orang tapi tak mengaku.[di.jA kA.tA t«.Ò«.dZAj kAt .ÒAN tA.pi tA/ m«.NA.ku]Dia mengeluarkan kata-kata yang kesat pada orang tapi tidak mengaku.

Kembali ke atas