Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.na.kan] | مڠݢوناکن

Definisi : 1 melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2 mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggunakan

Peribahasa

Mengepit kepala harimau.

Bermaksud :

Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Memakai kulit harimau).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengelau[m«.N«.lAw]kata kerjamemancing ikan haruan menggunakan buluh panjang dengan menggunakan umpan katak minyakSemalam ayah pi mengelau, banyak jugak dapat ikan ruan.[s«.mA.lAm A.jAh pi m«.N«.lAw bA.øA/ dZu.gA/ dA.pAt i.kAn Òu.wAn]Semalam ayah pergi memancing, banyak juga dapat ikan haruan.
   2. menggunakan khidmat atau tenaga seseorang berlebih-lebihan.Dia latu tukang masak dia tak padan dengan gaji.[di.jA lA.tu tu.kAN mA.sA/ di.jA tA/ pA.dAn d«.NAn gA.dZi]Dia menggunakan tenaga orang gajinya tidak sepadan dengan gaji.
utau[u.tAw]kata namaisyarat dengan menggunakan tanganJom kita pi, aku nampak dia utau suruh pi.[dZom ki.tA pi A.ku nAm.pA/ di.jA u.tAw su.Òoh pi]Mari kita pergi, saya nampak dia menggunakan tangan sebagai isyarat menyuruh pergi.
tenggalong[t«N.gA.loN]kata kerjamembaling sesuatu dengan menggunakan kayuDepa tenggalong buah macang, dapat dekat nak seraga.[dE.pA t«N.gA.loN bu.wAh mA.tSAN dA.pAt d«.kAt nA/ s«.ÒA.gA]Mereka membaling buah bacang menggunakan kayu, dapat bacang hampir seraga.
mengibaihkata kerjakata kerjamenganginkan padi untuk mengasingkan padi daripada hampa dengan cara mengibas-ngibas menggunakan nyiru. Proses ini dilakukan paling kurang oleh enam orang atau lebih. Padi dikaut dengan talam dan ditebarkan di satu kawasan yang di khaskan kemudian dikibas oleh beberapa orang menggunakan nyiruKalu tak dak orang yang buleh mengibaih minggu ni kita buat minggu depan.[kA.lu tA/ dA/ .ÒAN jAN bu.leh m«.Ni.bAC miN.gu ni ki.tA bu.wAt miN.gu d«.pAn]Kalau tidak ada orang yang boleh mengibas minggu ini kita buat minggu hadapan.
rembaih[Ò«m.bAC]kata kerjamemukul badan seseorang dengan menggunakan sesuatu (seperti kain, lidi, daun dan lain-lain)Mak dia rembaih dengan pelepah nyoq pasai dia tak pi mengaji.[mA di.jA Ò«m.bAC d«.NAn p«.l«.pAh ø)Ö pA.sAj di.jA tA pi m«.NA.dZi]Emak memukul badannya dengan menggunakan daun kelapa sebab dia tidak pergi belajar al-Quran.
menguroi[m«.Nu.Òoj]kata kerjamenganginkan padi untuk mengasingkan padi daripada hampa dengan menggunakan angin atau kipas angin khas. Proses ini dilakukan dengan mencurahkan padi dari tempat yang agak tinggi di depan kipas angin khas yang digerakkan supaya padi terasing daripada hampaKalu padi banyak orang menguroi pakai kipaih.[kA.lu pA.di bA.øA/ .ÒAN m«.Nu.Òoj pA.kAj ki.pAC]Kalau padi banyak orang menganginkan padi menggunakan kipas.
   2. mengopek sesuatu dengan perlahan menggunakan jari.Lagi hang kerunaih kerupin lagi meroyak.[lA.gi hAN k«.Òu.nAC k«.Òu.pin lA.gi m«.Òo.jA/]Semakin kamu kopek keruping semakin melarat.
gincah[gin.tSAh]kata kerjamenggunakan air dengan berlebihan secara membazirPinggan dua tiga bijik, dia gincah tak ikut padan.[piN.gAn du.wA ti.gA bi.dZi/ di.jA gin.tSAh tA/ i.kut pA.dAn]Pinggan hanya dua tiga biji, dia gincah tidak sepadan.
latu[lA.tu]kata kerja1. menggunakan sesuatu berulang kali.Awat tak lingkop moto tu pasai semua dok latu.[A.wAt tA/ liN.kop m.t tu pA.sAj s«.mu.wA do/ lA.tu]Macam mana tidak rosak motosikal itu sebab semua orang guna.
1234

Kembali ke atas