Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jem.put] | منجمڤوت

Definisi : 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri ber­khatam pengajian; 3. Mn mengambil se­seorang utk dijadikan menantu: (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jem.put] | منجمڤوت

Definisi : 1. mencekut dgn hujung jari: ~ garam; 2. mengambil: ia ~ air di pancuran; 3. ki memetik, mengutip: kisah ini dijemput drpd Sejarah Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jem.put] | منجمڤوت

Definisi : mengambil dgn hujung jari; mencekut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[men.jem.put] | منجمڤوت

Definisi : 1 mengajak atau menyilakan datang; mengundang: Tuan rumah itu telah ~ kami makan tengah hari di rumahnya. 2 menyongsong ketibaan orang; menyambut: Ia ~ adiknya di lapangan terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemput2
Kata Terbitan : sejemput, menjemput, menjemput, jemputan,

Puisi
 

Anak udang ada sejemput,
     Letak mari atas pelantar;
Datang tidak menjemput,
     Balik tidak berhantar.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kelalaian menjemput pencuri.

Bermaksud :

Kerana kelalaian maka kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mintak sila[min.tA/ si.lA] menjemput seseorang untuk menghadiri kenduriPak Din mintak sila abang pi rumah dia hari Ahad ni.[pA/ din min.tA/ si.lA A.bAN pi Òu.mAh di.jA hA.Òi A.hAd ni]Pak Din menjemput abang untuk menghadiri kenduri di rumahnya pada hari Ahad ini.

Kembali ke atas