Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.sup] | مڽوسوڤ

Definisi : 1. menyorok ke bawah, merayap-rayap di bawah sesuatu: mereka bergilir-gilir membongkok ~ di antara dua dawai pagar berduri itu; diparang ke bawah melompat ke atas, diparang ke atas ~ ke bawah; 2. masuk ke dlm (semak samun, belukar, hutan, orang ramai, dll), merempuh ke dlm: ia cuba ~ di celah-celah orang ramai yg berpusu­-pusu di kaki lima; 3. meresap masuk (sampai ke dalam), menyerap: dingin malam ~ sampai ke tulang; 4. masuk dgn bersembunyi­-sembunyi atau diam-diam (dlm kalangan musuh dll), menyeludup masuk: ia ~ sampai ke dlm pertahanan musuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.sup] | مڽوسوڤ

Definisi : 1 masuk atau menyorok ke dlm atau ke bawah sesuatu: Seekor anak tikus keluar dr lubangnya lalu berjalan ~ ke sana dan ~ ke sini. 2 masuk secara diam-diam atau secara sembunyi-sembunyi; masuk menyeludup: Penyuluh itu telah berjaya ~ ke kawasan musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susup
Kata Terbitan : menyusup, menyusupkan, kesusupan, penyusupan, penyusup,

Peribahasa

Berkokok di luar gelanggang,
     bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang.

Bermaksud :

Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
meronot[m«.Òo.not]kata kerjabergerak dengan pantas melalui bahagian yang rendah; menyeronotAku nampak ulaq meronot bawah kayu.[A.ku nAm.pA/ u.lA)Ö m«.Òo.not bA.wAh kA.ju]Saya nampak ular menyusup bawah kayu.
menyeronot[m«.ø«.Òo.not]kata kerjabergerak dengan pantas melalui bahagian yang rendah; meronotKami menyeronot bawah rumah pasai tak mau bagi orang nampak.[kA.mi m«.ø«.Òo.not bA.wAh Òu.mAh pA.sAj tA/ mAw bA.gi .ÒAN nAm.pA/]Kami berlari menyusup bawah rumah sebab tidak mahu orang nampak.

Kembali ke atas