Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mum.bang] | مومبڠ

Definisi : putik kelapa (yg masih kecil); ~ jatuh, kelapa jatuh prb tiap-tiap yg ber­nyawa akan mati juga; cuba-cuba menanam ~, jika hidup turus negeri prb tetap mene­ruskan sesuatu pekerjaan mungkin akan men­datangkan hasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mum.bang] | مومبڠ

Definisi : putik kelapa yg masih kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mumbang

Puisi
 

Lumba-lumba main gelombang,
     Riak sampai Kuala Linggi;
Cuba-cuba menanam mumbang,
     Kalau hidup tuah negeri.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menanam mumbang.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menamai anak dalam kandungan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mumbang[mum.bAN]kata namatempurung kelapa yang masih lembut dan boleh dimakanBini Mat tu mengidam nak makan mumbang. Mana nak pi cari?[bi.ni mAt tu m«.Ni.dAm nA/ mA.kAn mum.bAN mA.nA nA/ pi tSA.Òi]Isteri Mat itu mengidam hendak makan tempurung kelapa yang masih lembut. Di mana boleh dapat?

Kembali ke atas