Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nam.pa/] | نمڤق

Definisi : 1. dapat melihat (menengok): mereka tidak ~ siapa yg mengambil surat itu tadi; 2. boleh (dapat) dilihat, kelihatan, tampak: rumahnya tidak ~ dr sini; tak ~ muka hidung tidak kelihatan langsung; ~ belang diketahui hal (keadaan, maksud, dll) yg sebenarnya; ~ dekat hanya dapat melihat dr dekat (tidak boleh melihat jauh); nampaknya rupa-rupanya: ~ kita tidak ter­daya lagi membebaskan diri drpd semua ini; menampak melihat, menengok: para pe­lakon di belakang cermin ini boleh dinampak oleh penonton; menampakkan menunjukkan, mem­­­­­­­per­­­­­­­­lihat­­­­­kan: pandangan awal mungkin ~ seolah-olah semua bahan yg wujud perlu diambil kira; ~ diri memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul sehingga atau supaya dapat di­lihat; ternampak 1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; 2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai; ternampak-nampak seolah-olah nampak pd pandangan mata, terpandang-pandang, ter­bayang-bayang;ternampakkan terlihat akan, terpandang akan: dia ~ Razman yg sedang berjalan; kenampakan dapat dilihat, kelihatan, ke­tahuan: kemarahan ibu telah ~; ® tampak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nam.pa/] | نمڤق

Definisi : 1 dpt melihat: Mereka tidak ~ orang yg mengambil buku itu. 2 dpt dilihat; tampak; kelihatan: Bangunan parlimen ~ dr sini. nampaknya besar kemungkinannya bahawa: ~ mereka akan berjaya lagi pd tahun ini. menam­pakkan menunjukkan supaya dpt di­lihat; memperlihatkan: ~ diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nampak (kata kerja)
Bersinonim dengan tengok, melihat, memandang;,
Kata Terbitan : nampaknya, menampakkan, ternampak, ternampak-nampak,

Puisi
 

Pulau Pisang nampak terendam,
     Nampak dari Kuala Rambah;
Hati rindu bertambah dendam,
     Pada siapa nak menumpang susah?


Lihat selanjutnya...(125)
Peribahasa

Nampak gabak di hulu.

Bermaksud :

Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bekelon[b«.k«.lon]kata adjektifberkenaan dengan asap yang nampak naik secara perlahan-lahan ke udara.Ada orang isap rokok kat pancoq, nampak asap bekelon.[A.dA .ÒAN i.sAp ҍ.k kAt pAn.tS)Ö nAm.pA/ A.sAp b«.k«.lon]Ada orang menghisap rokok dalam bilik air, nampak asap bekelon.
   2. sombong.Bini dia nampak com tapi ramah.[bi.ni di.jA nAm.pA/ tSm tA.pi ÒA.mAh]Isterinya nampak sombong tetapi peramah.
merapak I[m«.ÒA.pA/]kata kerjaberlariNampak saja moto aih sekerem lalu, budak-budak merapak.[nAm.pA/ sA.dZA m.t AC s«.k«.Òem lA.lu bu.dA/.bu.dA/ m«.ÒA.pA/]Nampak saja motosikal ais krim lalu, budak-budak berlari.
   2. berkenaan dengan kulit yang kendur, gelambir.Kalu dah tua nampak gelambiaq kat lehiaq.[kA.lu dAh tu.wA nAm.pA/ g«.lAm.bi.jA)Ö kAt lE.hi.jA)Ö]Kalau sudah tua nampak gelambir pada leher.
muka idong[mu.kA i.doN] rupa paras, wajahAku tak nampak muka idong hang dua tiga hari.[A.ku tA/ nAm.pA/ mu.kA i.don hAN du.wA ti.gA hA.Òi]Saya tidak nampak wajah awak dua tiga hari.
koro[k.ҍ]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang tidak cergas biasanya selepas demam.Awat nampak koro, baru baek demam ka?[A.wAt nAm.pA/ k.ҍ bA.Òu bAe/ d«.mAm kA]Mengapa nampak tidak cergas, baru baik dari demamkah?
utau[u.tAw]kata namaisyarat dengan menggunakan tanganJom kita pi, aku nampak dia utau suruh pi.[dZom ki.tA pi A.ku nAm.pA/ di.jA u.tAw su.Òoh pi]Mari kita pergi, saya nampak dia menggunakan tangan sebagai isyarat menyuruh pergi.
meronot[m«.Òo.not]kata kerjabergerak dengan pantas melalui bahagian yang rendah; menyeronotAku nampak ulaq meronot bawah kayu.[A.ku nAm.pA/ u.lA)Ö m«.Òo.not bA.wAh kA.ju]Saya nampak ular menyusup bawah kayu.
laeh[lA.eh]kata adjektif1. letih, lemah atau tidak bermaya.Awat hang nampak laeh sangat, orang laen pon posa jugak.[A.wAt hAN nAm.pA/ lAeh sA.NAt .ÒAN lAen pon p.sA dZu.gA/]Mengapa awak nampak sangat letih, orang lain pun puasa juga.
   3. berkenaan dengan anak yang kecil dan ramai bilangannya; bekederet.Depa tu nampak muda lagi, tapi anak dah beceretet.[dE.pA tu nAm.pA mu.dA lA.gi tA.pi A.nA dAh b«.tS«.ÒE.tEt]Pasangan itu nampak muda, tetapi anak mereka ramai.
1234

Kembali ke atas