Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.jat] | ڤنجت

Definisi : ; memanjat 1. naik ke atas (pokok, tiang, dll); 2. mendaki (bukit, gunung, dsb), menanjak: mereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai; 3. meminta ulang bicara di mahkamah yg lebih tinggi; ~ bersengkelit prb sesuatu yg sudah menjadiadat (kebiasaan); ~ dedap prb melakukan sesuatu dgn nekad (berani); ~ pokok cekur boleh mati jatuh prb menerima hukuman yg berat kerana kesalahan yg sedikit; spt ~ terkena seruda prb mendapat rintangan sukar dlm sesuatu usaha; memanjati memanjat pd: surau di kampung itu dipanjati rumput; memanjatkan 1. menaikkan sesuatu pd; 2.menyampaikan (membaca) doa kpd Tuhan: ~ doa; ~ puji dan puja kpd Tuhan Yang Maha Esa; ~ perkara meminta perkara (tuduhan dll) diulang bicarakan di mahkamah yg lebih tinggi; panjatan 1. tempat utk memanjat, 2. perihal memanjat, pendakian; pemanjat (orang dll) yg memanjat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.jat] | ڤنجت

Definisi : ; memanjat 1 menaiki pokok dll dgn bertumpu kaki serta berpaut pd benda yg dinaiki: ~ pokok; ~ tangga. 2 menjadi bertambah tinggi (bkn jalan dll); menaik; mendaki: jalan yg ~. 3 naik ke atas (bkn tumbuh-tumbuhan) dgn melilit atau dgn berkait pd sokong. memanjati memanjat pd (bkn tumbuh-tumbuhan dsb): Pokok kacang panjang ~ pancang. memanjatkan 1 menaikkan sesuatu pd; membuat supaya memanjat. 2 membaca doa memohon kpd Tuhan: ~ doa agar anak-anaknya berjaya dlm hidup. panjatan 1 tempat memanjat. 2 pergerakan badan ketika memanjat. pemanjat orang yg memanjat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjat (kata kerja)
Bersinonim dengan kerabat, naik, daki;,
Kata Terbitan : memanjat, memanjatkan, panjatan, pemanjat,

Puisi
 

Kalau tak panjat limau manis,
     Kita tebang batang tebu;
Jika tak dapat yang hitam manis,
     Kita buanglah petua guru.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. menaiki pada bahagian belakang seseorangKalu masok lawan panjat tiang lincen, hampa kena pandai-pandai kerabat kawan.[kA.lu mA.so/ lA.wAn pAn.dZAt ti.jAN lin.tSen hAm.pA k«.nA pAn.dAj.pAn.dAj k«.ÒA.bAt kA.wAn]Kalau masuk perlawanan panjat tiang licin, kamu semua perlu pandai menaiki bahagian belakang kawan.
tebiang[t«.bi.jAN]kata kerjamelakukan sesuatu yang sudah diketahui risikonyaDah tau pokok tu ada sarang tebuan, buat apa yang hang dok tebiang panjat.[dAh tAw p.k/ tu A.dA sA.ÒAN t«.bu.wAn bu.wAt A.pA jAN hAN t«.bi.AN pAn.dZAt]Sudah tahu pokok itu ada sarang tebuan, buat apa awak panjat.
kata adjektif[mAn.dom]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang lembap dan tidak cergasTok sah bawak dia pi ragaih bukit pasai dia mandom.[to/ sAh bA.wA/ di.jA pi ÒA.gAC bu.kit pA.sAj di.jA mAn.dom]Jangan bawa dia pergi panjat bukit sebab dia lembap.
   2. berkenaan dengan perempuan yang melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak sepatutnya dilakukan; betina garet.Pokok pon hang nak kerabat, hang nak jadi betina garet ke?[p.ko/ pon hAN nA/ k«.ÒA.bAt hAN nA/ dZA.di b«.ti.nA gA.Òet k«]Pokok pun awak hendak panjat, awak hendak menjadi perempuan garit ke?
betina garet[b«.ti.nA gA.Òet] perempuan yang melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak sepatutnya dilakukan.Pokok pon hang nak kerabat, hang nak jadi betina garet ke?[p.ko/ pon hAN nA/ k«.ÒA.bAt hAN nA/ dZA.di b«.ti.nA gA.Òet k«]Pokok pun awak hendak panjat, awak hendak menjadi perempuan garit ke?

Kembali ke atas