Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.yah] | ڤايه

Definisi : 1. tidak mudah, tidak senang, sukar, susah: bukannya ~ benar membuat kerja itu; ~ basa Kl susah hendak memperkatakan (me­rundingkan, membincangkan) sesuatu; 2. berat atau teruk (penyakit): bapaku mendapat sakit ~ di Sungai Baharu; 3. (berasa) letih, lelah, lesu, penat: rupanya ia kepanasan dan ~ setelah mendayung basikalnya dgn cepat selama setengah jam; tak ~ tidak perlu, tidak usah: baginda jua mempunyai kuasa utk bertindak sendiri dgn tidak ~ mendengar nasihat sesiapa; berjerih ~ = bersusah ~ = berpayah-payah; berpayah-payah mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn berlelah-lelah atau memerah keringat, berpenat lelah: janganlah saudara ~ kerana saya; memayahkan menyebabkan payah, men­jadikan payah, menyusahkan, melelahkan: sekali itu dia berasa payah kembali dr rapat, padahal apalah yg akan ~ dlm rapat itu; memayah-mayahkan; ~ diri bekerja keras­-keras (dgn bersusah-payah), bekerja berat, berpayah-payah; memperpayah menjadikan lebih payah: bukan sudah bonda katakan kerja baik pada-pada, jangan badan diperpayah; kepayahan 1. perihal payah, kesukaran, ke­susahan: Wahab mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling akibat sekatan yg diadakan oleh kerajaan; 2. men­derita payah (kesulitan, kekurangan): sedangkan hendak mendapat sesuap nasi ~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yg bersejarah; 3. kelelahan, keletihan: beberapa lamanya ia berdiam diri saja, terengah-engah spt orang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.yah] | ڤايه

Definisi : 1 tidak mudah dilakukan dll; susah: ~ hendak menyelesaikan masalah ini. 2 teruk atau berat (bkn penyakit): sakit ~. 3 berasa penat atau letih: Kalau sudah ~, bolehlah berhenti sebentar. berpayah-payah mengerjakan sesuatu dgn bersusah-susah; berpenat lelah: Tak usahlah mak cik ~ kerana saya. memayahkan menjadikan payah; menyusahkan. kepayahan hal atau keadaan payah; kesukaran; kesusahan: ~ penduduk kampung tsb berhubung dgn kawasan bandar telah mendapat perhatian drpd pihak kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
payah (adjektif)
Bersinonim dengan sukar, susah, sulit, berat, teruk, leceh, rumit, perih, kompleks, ruwet, masyakat, kelekik, rumpil;,
Kata Terbitan : berpayah-payah, memayahkan, memperpayah, kepayahan,

Puisi
 

Apa abang jahit baju,
     Jahit kain banyak lagi;
Tak payah abang kata begitu,
     Kata lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Tak payah basuh kaki tangan.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik basuh kaki saja).

 

Lihat selanjutnya...(49)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gadoh[gA.doh]kata kerjabersusah payah, terburu-buru atau tergesa-gesaTok sah dok gadoh buat ayaq, sepa mai sat saja.[to sAh do gA.doh bu.wAt A.jA)Ö sE.pA mAj sAt sA.dZA]Jangan bersusah payah menyediakan minuman, kami datang sekejap saja.
   2. berkenaan dengan tulisan yang tidak cantikBudak-budak ni tuleh herot-petot, payah sunggoh nak baca.[bu.dA.bu.dA ni tu.leh hE.ҍt.pE.tt pA.jAh suN.goh nA bA.tSA]Budak-budak ini tulis tidak cantik, payah sungguh hendak membacanya.
tekoh-tekoh[t«.koh.t«.koh]kata tugaskadang-kadangPayah nak bekawan dengan dia tekoh-tekoh baek, tekoh-tekoh buat com saja.[pA.jAh nA b«.kA.wAn d«.NAn di.jA t«.koh.t«.koh bAe t«.koh.t«.koh bu.wAt tSom sA.dZA]Susah hendak berkawan dengannya kadang-kadang baik, kadang-kadang masam saja.
bedehau[b«.d«.hAw]kata adjektifbanyak berkenaan nyamukNyamok di rumah dia bedehau, payah nak tidoq.[øA.mo di Òu.mAh di.jA b«.d«.hAw pA.jAh nA ti.do)Ö]Nyamuk di rumahnya banyak, susah hendak tidur.
lendet[l«n.det]kata adjektif1. tertib berkenaan tingkah lakuAnak dara tu tak payah jadi menantu kita pon tak pa, tak lendet langsong.[A.nA/ dA.ÒA tu tA/ pA.jAh dZA.di m«.nAn.tu ki.tA pon tA/ pA tA/ l«n.det lAN.soN]Anak dara itu tidak jadi menantu kita pun tidak mengapa, tidak tertib langsung.
geretok[g«.Ò«.to]kata kerja1. mengetuk dengan buku jari atau menggunakan sesuatu bendaNak tidoq pon payah, hingaq bunyi tin budak dok geretok.[nA ti.d)Ö pon pA.jAh hi.NA)Ö bu.øi tin bu.dA do g«.Ò«.to]Nak tidur pun susah, bising bunyi tin budak sedang ketuk.
cedaih[tS«.dAC]kata adjektifberkenaan dengan perempuan yang berperangai agak keterlaluan.Anak dara dia tu cedaih sunggoh, payah dia nak kawai.[A.nA dA.ÒA di.jA tu tS«.dAC suN.goh pA.jAh di.jA nA kA.wAj]Anak dara dia itu sangat cedaih, susah dia hendak mengawalnya.
beberan-beran[b«.b«.ÒAn.b«.ÒAn]kata adjektif1. berkenaan dengan seseorang yang memakai barang kemas atau aksesori yang berlebih-lebihan.Kalu dah kaya pon tak payah pakai barang sampai beberan-beran.[kA.lu dAh kA.jA pon tA/ pA.jAh pA.kAj bA.ÒAN sAm.pAj b«.b«.ÒAn.b«.ÒAn]Kalau kaya sekalipun tidak perlu mengenakan barang kemas berlebih-lebihan.

Kembali ke atas