[pe.lan.tar] | ڤلنتر
Definisi : orang yg menyampaikan atau mengemukakan (permohonan, permintaan, dll), pengantara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.lan.tar] | ڤلنتر
Definisi : 1. bangku panjang tempat duduk di pekarangan (belakang rumah): mereka duduk di ~ sambil berhandai-handai dgn riang; 2. lantai tinggi yg bersambung dgn rumah dan tidak beratap (tempat menjemur kain, meletak air, dll): di ~, pinggan mangkuk banyak belum berbasuh; 3. tangga yg berpara-para (utk mengerjakan tembok dll yg tinggi-tinggi), aram-aram; ~ benua bahagian pinggir benua yg ditenggelami air laut; ~ minyak binaan serta peralatan yg dijadikan sbg pangkalan tempat operasi menggerudi telaga minyak di laut atau di darat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.lan.tar] | ڤلنتر
Definisi : penghantar, pengantara; ®lantar I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.lan.tar] | ڤلنتر
Definisi : 1 bangku panjang tempat duduk-duduk di halaman atau di belakang rumah. 2 lantai (biasanya tidak beratap) tempat menjemur kain dll yg dibina di antara tangga dgn rumah. ~ benua ist kawasan pinggir di keliling sesebuah benua, yg landai dan melebar dr tepi laut hingga ke lantai lautan. ~ minyak binaan serta peralatan yg dijadikan sbg pangkalan tempat operasi menggerudi (telaga) minyak di laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)