Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rem.puan] | ڤرمڤوان

Definisi : 1. wanita, lwn laki-laki: ~ itu isteri dia; raja ~ permaisuri; penyakit ~ penyakit sifilis; 2. isteri: ~nya orang Minangkabau; ~ gatal perempuan yg suka akan laki-laki; ~ jahat =~ jalang pelacur; ~ joget perempuan penari joget; ~ jungkat perempuan gatal; ~ simpanan perempuan yg dijadikan teman utk tujuan seks tanpa ikatan perkahwinan yg sah; ~ melangkahi ular tiada lepas prb perihal kelemahan perempuan; bagai bunyi ~ di air prb sangat bising (riuh-rendah); keperempuanan perihal sifat perempuan: kelakuan Rahimah sehari-hari memberi gambaran yg nyata tentang isi hati ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rem.puan] | ڤرمڤوان

Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd lelaki; jenis manusia yg umumnya akan atau dpt melahirkan anak: Anaknya tiga orang, iaitu dua orang lelaki dan seorang ~. 2 teman hidup bagi lelaki; isteri: ~nya orang Pahang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perempuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan wanita: kaum Hawa, kaum ibu, nisa, empuan, awewe, wadon, betina,
Berantonim dengan lelaki

2. Bersinonim dengan isteri: bini, orang rumah, suri rumah, paduri,
Berantonim dengan suami

Kata Terbitan : keperempuanan,

Puisi
 

Buah durian dibelah dua,
     Mari kutaruh dalam perahu;
Orang perempuan bersanggul dua,
     Mari kucium orang tak tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Perempuan serasan,
     lelaki pemalu.

Bermaksud :

Pegangan hidup yang tidak serupa. serasan = seperasaan.

 

Lihat selanjutnya...(136)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ponen[po.nEn]kata namalelaki yang berperwatakan seperti perempuan; jebong, daraiTukang set rambot tu bukan pompuan tapi ponen.[tu.kAN set ÒAm.bot tu bu.kAn pom.pu.wAn tA.pi po.nEn]Pendandan rambut itu bukan perempuan tetapi lelaki.
orang dapoq[o.ÒAN dA.po)Ö] bayi perempuanLama dah dok tunggu cucu orang dapoq, ni baru dapat.[lA.mA dAh do tuN.gu tSu.tSu o.ÒAN dA.po)Ö ni bA.Òu dA.pAt]Lama menunggu cucu perempuan, sekarang baru dapat.
caih[tSAC]kata adjektifberkenaan dengan perempuan yang suka menggoda.Mak dia tak mau buat menantu pasai pompuan tu caih sikit[mA/ di.jA tA/ mAw bu.wAt m«.nAn.tu pA.sAj pom.pu.wAn tu tSAC si.kit]Emaknya tidak suka bermenantukan perempuan itu sebab kelakuannya yang menggoda.
   2. berkenaan dengan perempuan yang melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak sepatutnya dilakukan; betina garet.Pokok pon hang nak kerabat, hang nak jadi betina garet ke?[p.ko/ pon hAN nA/ k«.ÒA.bAt hAN nA/ dZA.di b«.ti.nA gA.Òet k«]Pokok pun awak hendak panjat, awak hendak menjadi perempuan garit ke?
garet [[gA.Òet]kata adjektif1. berkenaan dengan perempuan yang suka berkawan dengan lelaki secara menjolok mataBudak betina tu garet sunggoh, beromen dalam panggong wayang.[bu.dA b«.ti.nA tu gA.Òet suN.goh b«.ro.men dA.lAm pAN.goN wA.jAN]Budak perempuan itu garit sunggoh, bercium dalam panggung wayang.
pedukang aruih[p«.du.kAN A.ÒuC] lelaki yang suka berfoya-foya dengan perempuanLeman tu pedukang aruih, pantang tengok pompuan.[l«.mAn tu p«.du.kAN A.ÒuC pAn.tAN tE.N pom.pu.wAn]Sulaiman suka berfoya-foya, pantang tengok perempuan.
betina garet[b«.ti.nA gA.Òet] perempuan yang melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak sepatutnya dilakukan.Pokok pon hang nak kerabat, hang nak jadi betina garet ke?[p.ko/ pon hAN nA/ k«.ÒA.bAt hAN nA/ dZA.di b«.ti.nA gA.Òet k«]Pokok pun awak hendak panjat, awak hendak menjadi perempuan garit ke?
jebong[dZ«.boN]kata namalelaki yang berperwatakan seperti perempuan; ponen, darai.Kalu tak dengak sora dia mati-mati aku ingat pompuan, rupanya jbong.[kA.lu tA/ d«.NA)Ö s.ÒA di.jA mA.ti.mA.ti A.ku i.NAt pom.pu.wAn Òu.pA.øA dZ«.boN]Kalau tidak mendengar suaranya saya ingatkan perempuan, rupanya lelaki.
darai[dA.ÒAj]kata namalelaki yang berperwatakan seperti perempuan; jebong, ponen.Mati-mati aku ingat pompuan, dengaq sora baru aku tau yang dia darai.[mA.ti.mA.ti A.ku in.gAt pm.pu.wAn d«.NA)Ö s.ÒA bA.Òu A.ku tAw jAN di.jA tu dA.ÒAj]Sungguh-sungguh saya ingat perempuan, dengar suara baru saya tahu yang dia itu darai.
sambot mentah[sAmbot m«n.tAh] kenduri di pihak pengantin lelaki yang dibuat sehari selepas kenduri di pihak pengantin perempuanPenganten takat Aloq Setaq dengan Pineng tu kita buat sambot mentah.[p«.NAn.ten tA.kAt A.l)Ö s«.tA)Ö d«.NAn pi.neN tu ki.tA bu.wAt sAmbot m«n.tAh]Pengantin sekadar Alor Setar dan Pulau Pinang kita buat kenduri sehari selepas kenduri di pihak pengantin perempuan.
123

Kembali ke atas