Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.nang] | ڤينڠ

Definisi : sj tumbuhan (palma yg buahnya di­makan dgn sirih), Areca catechu; ~ kotai = ~ kosi a) buah pinang tua yg dikeringkan; b) sj binatang spt halipan, gong­gok; c) Kl orang bodoh yg mempunyai sifat­-sifat kekerasan; ~ masak a) warna kuning kemerah-merahan; b) buah pinang yg sudah masak; ~ muda a) buah pinang yg masih muda; b) alku, muncikari; ~ raja sj tumbuhan (palma), Cyrtostachya lakka; ~ sebatang a) tidak mempunyai sanak saudara; b) ki kurus dan tinggi; spt ~ dibelah dua prb dua orang (suami isteri, teman dll) yg hampir-hampir serupa (sama cantik dan sama padan); ~ pulang ke tampuk prb sudah cocok benar (sudah pd tempatnya); ~ tua merah ekor prb, Mn perempuan yg sudah berumur tetapi berkelakuan spt perem­puan muda; bak ~ dianduh, putus tali dia berdiri prb, Mn melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa; darah baru setampuk ~ prb masih muda benar; kasihkan ~ sebatang drpd aur serumpun prb, Mn lebih sayang kpd orang lain drpd kaum keluarga sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.nang] | ڤينڠ

Definisi : ; meminang 1. meminta seseorang perempuan menjadi isteri, melamar: ketika dia datang ~, ibuku tidak lengah-lengah menerimanya; 2. memohon pekerjaan dll, melamar: banyak orang yg ~ jawatan itu; pipit ~ anak enggang prb orang miskin hen­dak memperisteri anak orang kaya; tabuhan ~ anak labah-labah prb mencari jodoh yg tidak sepadan; meminangkan meminang gadis utk orang lain: mana muafakatlah ia dgn segala orang besarnya hendak ~ puteranya Raja Abdullah akan Tengku Besar; pinangan 1. permintaan utk menjadikan is­teri: dgn tiada banyak cerewet lagi, saudagar Biram suami isteri telah menerima ~ itu; 2. lamaran (pekerjaan dll); peminangan hal (pekerjaan dll) meminang: haram melakukan ~ ke atas perempuan yg telah dipinang; peminang 1. orang yg datang meminang; 2. pemohon pekerjaan, pelamar; 3. ark bekas (tempat) sirih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.nang] | ڤينڠ

Definisi : Mn; meminang-minang meni­mang-nimang; ®timang I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.nang] | ڤينڠ

Definisi : nama sj pokok palma atau buahnya (buahnya dimakan dgn sirih), Areca catechu. ~ raja pinang yg kemerah-merahan warna pelepahnya, Cyrtostachya lakka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pi.nang] | ڤينڠ

Definisi : ; meminang meminta seseorang perempuan menjadi isteri; melamar: Beliau telah pergi ~ Puteri Gunung Ledang utk dijadikan permaisuri Sultan Mahmud. meminangkan meminang utk seseorang; melamarkan. pinangan permintaan meminang; lamaran: ~ Raja Benggala akan puteri Raja Yeman itu telah ditolak. peminangan perbuatan atau hal meminang. peminang orang yg pergi meminang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinang
Kata Terbitan : meminang, pinangan, peminang,

Puisi
 

Sirih pinang gagang pinang,
     Patah pucuk si gembila;
Cahaya pinang naik ke kening,
     Cahaya sirih naik ke muka.


Lihat selanjutnya...(138)
Peribahasa

Pinang pulang ke tampuk.

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya; sudah cocok benar.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sepiak sireh[s«.pi.jA/ si.Òeh] sehelai sirih bersama sekacip pinang, secalit kapur dan secubit gambirMak andam bagi sepiak sireh kat peganten pompuan pasai nak naek seri.[mA/ An.dAm bA.gi s«.pi.jA/ si.Òeh kAt p«.NAn.ten pom.pu.wAn pA.sAj nA/ nAe/ s«.Òi]Mak andam memberikan sehelai sirih, secalit kapur dan secubit gambir kepada pengantin perempuan supaya naik serinya.
sempoi[sem.poj]kata adjektifistimewa atau cantikPineng maen sempoi semalam, menang lima kosong.[pi.neN mAen sem.poj s«.mA.lAm m«.nAN li.mA ko.soN]Pulau Pinang main cantik semalam, menang lima kosong.
sambot mentah[sAmbot m«n.tAh] kenduri di pihak pengantin lelaki yang dibuat sehari selepas kenduri di pihak pengantin perempuanPenganten takat Aloq Setaq dengan Pineng tu kita buat sambot mentah.[p«.NAn.ten tA.kAt A.l)Ö s«.tA)Ö d«.NAn pi.neN tu ki.tA bu.wAt sAmbot m«n.tAh]Pengantin sekadar Alor Setar dan Pulau Pinang kita buat kenduri sehari selepas kenduri di pihak pengantin perempuan.

Kembali ke atas