Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gan] | ڤيڠݢن

Definisi : sj alat atau bekas drpd tembikar dll, biasanya berbentuk bulat leper spt piring tetapi lebih besar (utk makan nasi dll); ~ hidang pinggan berbentuk bulat atau bujur yg lebih besar drpd pinggan biasa; ~ jorong pinggan yg bulat panjang; ~ kerang pinggan kasar; ~ lingkar pinggan besar tempat makan raja-raja (orang besar-besar); ~ makan pinggan yg digunakan utk makan hidangan utama spt nasi dsb; ~ mangkuk perkakas atau alat-­alat makan minum (piring, cawan, mangkuk dll); ~ tak retak nasi tak dingin prb cermat melakukan sesuatu pekerjaan; spt ~ dgn mangkuk, salah sedikit hendak berhantuk prb perselisihan antara suami isteri atau kaum keluarga itu sudah menjadi perkara biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gan] | ڤيڠݢن

Definisi : bekas yg bundar leper dan lebih besar drpd piring (dibuat drpd tembikar, kaca dll) utk tempat makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggan

Puisi
 

Bahulu dalam pinggan,
     Tiga hidangan roti raji;
Jangan malu jangan segan,
     Kita sudah suami isteri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kasih sepantun tulisan pinggan.

Bermaksud :

Kasih yang tak hilang-hilang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pinggan tapak gajah[piN.gAn tA.pA gA.dZAh] pinggan kaca yang besar digunakan dalam majlis kenduri yang digunakan untuk menghidangkan nasi serta lauk pauk di dalamnya. Hidangan ini disajikan untuk empat orang pinggan asahanAda lagi menaksah yang pakai pinggan tapak gajah.[A.dA lA.gi m«.nA.sAh jAN pA.kAj piN.gAn tA.pA gA.dZAh]Ada lagi madrasah yang pakai pinggan tapak gajah.
pinggan asahan[piN.gAn A.sA.hAn] pinggan kaca yang besar digunakan dalam majlis kenduri yang digunakan untuk menghidangkan nasi serta lauk pauk di dalamnya. Hidangan ini disajikan untuk empat orang pinggan tapak gajahSetengah orang geli nak makan nasik ramai-ramai dalam pinggan asahan.[s«.t«.NAh o.ÒAN g«.li nA mA.kAn nA.si ÒA.mAj.ÒA.mAj dA.lAm piN.gAn A.sA.hAn]Ada orang berasa geli hendak makan nasi beramai-ramai dalam pinggan asahan.
gincah[gin.tSAh]kata kerjamenggunakan air dengan berlebihan secara membazirPinggan dua tiga bijik, dia gincah tak ikut padan.[piN.gAn du.wA ti.gA bi.dZi/ di.jA gin.tSAh tA/ i.kut pA.dAn]Pinggan hanya dua tiga biji, dia gincah tidak sepadan.
menyerama[m«.ø«.ÒA.mA]kata kerja1. berebutBuboh dadah kue dalam pinggan sat gi orang menyerama.[bu.boh dA.dAh kue dA.lAm piN.gAn sAt gi .ÒAN m«.ø«.ÒA.mA]Bubuh siap-siap kuih dalam pinggan nanti orang berebut.
   2. berkenaan dengan sesuatu yang banyak dan tidak tersusun; bededam-dedam.Buleh hang dok biaq pinggan bededam di dapok?[bu.leh hAN do/ bi.jA)Ö piN.gAn b«.d«.dAm di dA.po)Ö]Boleh kamu membiarkan pinggan bededam di dapur?
   2. berkenaan dengan sesuatu yang banyak dan tidak tersusun bededam.Aku tengok pinggan bededam, penyegan sunggoh budak-budak ni nak basoh.[A.ku tE.N piN.gAn b«.d«.dAm p«.ø«.gAn suN.goh bu.dA.bu.dA ni nA bA.soh]Saya tengok pinggan bededam, malas sungguh budak-budak ini hendak membasuhnya.
bededam-dedam[b«.d«.dAm]kata adjektif1. berkenaan dengan sesuatu yang banyak dan tersusun; bededam.Beli pinggan mahai-mahai, tapi dok bededam-dedam dalam lemari.[b«.li piN.gAn mA.hAj.mA.hAj tA.pi do/ b«.d«.dAm dA.lAm l«.mA.Òi]Beli pinggan mahal-mahal, tetapi bededam-dedam dalam almari.
celup-celap[tS«.lup.tS«.lAp]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang tidak teratur, tersusun atau bertertibPinggan ataih para tu celup-celap pasai budak-budak yang suson.[piN.gAn A.tAC pA.ÒA tu tS«.lup.tS«.lAp pA.sAj bu.dA.bu.dA jAN su.son]Pinggan atas para itu tidak teratur sebab budak-budak yang susun.
seliaq[sE.li.jA)Ö]kata kerjalap sesuatu (seperti cecair, kekotoran dan lain-lain) dengan sesuatu (tangan, kain, langsir dan lain-lain); heliakHang seliaq dulu tepi pinggan gulai tu dengan kaen burok.[hAN sE.li.jA)Ö du.lu t«.pi piN.gAn gu.lAj tu d«.NAn kAen bu.Òo/]Awak lap dulu tepi pinggan gulai itu dengan kain buruk.
acaq[A.tSA)Ö]kata namakawasan takungan air buangan seperti air mandi, air basuhan pinggan dan lain-lain.Sepa tak makan itek pasai dia suka sudu acaq.[sE.pA tA mA.kAn i.tE pA.sAj di.jA su.kA su.du A.tSA)Ö ]Kami tidak makan itik sebab itik suka menyudu acaq.
12

Kembali ke atas