Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tam­bahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1 agaknya; gerangan: Siapa ~ yg datang malam-malam begini? 2 berulang lagi; sekali lagi: Pagi tadi sudah datang, sekarang datang ~. 3 juga: Ada ~ orang yg menyokongnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,

Puisi
 

Hendak berumah berumah pula,
     Rumah saya di tengah huma;
Hendak bermaaf bermaaf pula,
     Maaf seorang maaf semua.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sudah hamba diperhamba pula.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(122)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tebalek kuang[t«.bA.le/ ku.wAN] berkenaan dengan sesuatu yang berlaku berlawanan atau bertentangan daripada asalDulu bukan maen tegoq orang tikam ekoq, la ni tebalek kuang, dia pulak yang lebeh.[du.lu bu.kAn mAen t«.go)Ö .ÒAN ti.kAm E.k)Ö lA ni t«.bA.le/ ku.wAN di.jA pu.lA/ jAN l«.beh]Dulu dia menegur orang lain berjudi ekor, sekarang ini terbalik kuang pula, dia pula yang lebih.
   2. membuang air kecilSapa pulak meruah bawah rumah ni, bau harin.[sA.pA pu.lA/ m«.Òu.wAh bA.wAh Òu.mAh ni bAw hA.Òin]Siapa pula yang membuang air kecil bawah rumah ini, bau haring.
perak[p«.ÒA]kata adjektifhairanKalu hang masok istana sat ni jangan pulak dok perak.[kA.lu hAN mA.so is.tA.nA sAt ni dZA.NAn pu.lA do p«.ÒA]Kalau kamu masuk istana nanti jangan pula hairan.
tak sat[tA sAt] sebentar tadiTak sat dia ada sini, ni dia pi mana pulak.[tA sAt di.jA A.dA si.ni ni di.jA pi mA.nA pu.lA/]Sebentar tadi dia ada di sini, sekarang dia ke mana pula.
jolok[dZo.lo/]kata kerjamempengaruhi seseorang.Hang jangan dok jolok dia, sat gi tak pasai-pasai kita kena.[hAN dZA.NAn do/ dZo.lo/ di.jA sAt gi tA/ pA.sAj.pA.sAj ki.tA k«.nA]Awak jangan jolok dia, nanti kita pula yang kena.
   2. menyelerak, menyepah-nyepah sesuatu seperti barang, perkakasan, rumput, makanan, pakaian dan lain-lain.Kak baru suson baju, sapa pulak yang mai kecaq ni?[kA/ bA.Òu su.son bA.dZu sA.pA pu.lA/ jAN mAj k«.tSA)Ö ni]Kakak baru menyusun baju, siapa pula yang menyelerakkannya?
sat sat[sAt sAt] baru sebentar; tak satSat sat ni tadi aku nampak dia, dah melingkop ke mana pulak ni?[sAt sAt ni tA.di A.ku nAm.pA di.jA dAh m«.liN.kop k« mA.nA pu.lA ni]Baru sebentar tadi saya nampak dia, sudah hilang ke mana pula?
acan-acan maen[A.tSAn.A.tSAn mAen] 1. mempermain-mainkan arahan atau nasihat orang lain; tegege-gege.Orang dok bagi nasihat dia buat acan-acan maen pulak.[.ÒAN do/ bA.gi nA.si.hAt di.jA bu.wAt A.tSAn.A.tSAn mAen pu.lA/]Saya memberinya nasihat, dia mempermain-mainkan pula.
pediah[p«.di.jAh]kata kerja1. mengambil sesuatu melebihi had sepatutnya; pidiahBarang tu hang patot bagi sama banyak, jangan pulak hang pediah kat hang sorang.[bA.ÒAN tu hAN pA.tot bA.gi sA.mA bA.øA dZA.NAn pu.lA hAN p«.di.jAh kAt hAN so.ÒAN]Barang itu sepatutnya awak bahagi sama banyak, jangan pula awak mengambilnya seorang diri.
   2. berkenaan dengan seseorang yang kerap bercakap.Diam la sikit, awat besiaq sangat hampa ni, orang nak dengaq dia becakap pulak.[di.jAm lA si.kit A.wAt bE.si.jA)Ö sA.NAt hAm.pA ni .ÒAN nA d«.NA)Ö di.jA b«.tSA.kAp pu.lA]Diamlah, mengapa besiaq sangat kamu ini, kami hendak mendengar ucapannya pula.

Kembali ke atas