Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.pat] | راڤت

Definisi : 1. hampir bertemu, hampir tidak bercelah: duduk ~ dlm masjid; kampung yg rumah-rumahnya ~ sekali; padi yg ditanam ~ tidak dapat beranak banyak; 2. tidak renggang, kerap (anyaman, pertukangan, tanaman, dll), padat (penduduk); 3. penuh sesak, padat (penduduk): kawasan yg ~ penduduknya; 4. tertutup dgn tidak bercelah-celah (beruang), terkepung (hingga tidak dapat ditembusi lagi): tabung itu ditutup ~; kawasan itu telah terkepung ~; pinggang gadis itu dirangkulnya sehingga ~; 5. dekat sangat (dgn), berhampiran sungguh (dgn): hatta sampailah ke negeri lalu ~ ke jam­batan; 6. erat, karib, kuat, teguh (persaha­batan, pertalian, dll): perhubungan antara Malaysia dgn kedua-dua negara jirannya sangat ~; ada kerjasama yg ~ antara penga­rang-pengarang Melayu dgn ahli-ahli sains Melayu; rapat-rapat dgn seberapa rapat yg boleh, dgn betul-betul rapat: tutup pintu itu ~; je­maah diminta meluruskan saf dan berdiri ~; berapat 1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat): lalu berperang ber­bedil-bedil senapang dan pemburas se­belah-menyebelah ... maka, apabila ~ lalu­lah beramuk; maka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan, bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3. bersama-sama, ber­sekali: orang-orang dlm negeri itu telah ber­selisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemu­dian ~ zuhur; merapat 1. menjadi rapat, mendekat; dia melangkah surut dan seorang lagi datang ~; 2. menutup (mata): lari ~ tiada memandang ke belakang lagi; 3. berlabuh atau berhenti dekat dgn (pangkalan dll): kapal pun ~, tangga pun diturunkan orang, penumpang telah siap dgn barang-barangnya; ~ sambil belayar prb sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai; merapati 1. menghampiri, mendekati: ia berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati ~ rumah itu; 2. datang (utk memperbaiki hu­bung­­an persahabatan dll), selalu mengun­jungi (mendatangi): dia mesti ~ setiap orang kam­pung ini jikalau dia ingin mendapat kerja­sama drpd mereka; merapatkan 1. menjadikan rapat, men­de­katkan (pd sesuatu): muka dirapatkan pd cermin; ~ kapal ke pangkalan melabuhkan kapal dekat pangkalan; 2. menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapat-rapat; 3. memperkukuh (persahabatan dll), mengeratkan (perhubungan): tentu ada se­suatu yg ~ mereka berdua; ~ diri dgn meng­gabungkan diri dgn; ~ tali silaturrahim mengu­kuh­kan tali persahabatan; memperapat menjadikan lebih atau makin rapat, merapatkan lagi; ~ sila bersila baik-baik; rapatan sesuatu yg menyebabkan rapat (sambungan dll), sesuatu yg dirapatkan: drpd pandainya utus berbuat itu, tiadalah kelihat-an ~nya lagi; kerapatan perihal atau keadaan rapat: pelabur Britain akan menjadikan Malaysia sbg pusat pelaburan yg paling menarik memandangkan ~ hubungan sejarah antara kedua-dua negara; perapatan Br (bahagian tepi sampan dll) yg hampir bertemu: ~ perahu itu berlubang-lubang menyebabkan air masuk sedikit ke dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.pat] | راڤت

Definisi : = kerapatan perkumpulan, per­him­punan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang; berapat berhimpunan (dlm sidang), menga­dakan rapat, bermesyuarat, bersidang; merapatkan 1. menjemput berapat (ber­sidang): banyak ahli yg meminta supaya jawatan­kuasa segera dirapatkan; 2. menge­mukakan sesuatu dlm sidang, membincangkan sesuatu dlm sidang: soal ini dapat saya putus­kan sendiri, tidak perlu dirapatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.pat] | راڤت

Definisi : ; ~ bukit sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat rumah), rengas, kayu paruh-paruh, Melanochyla angustifolia; kayu ~ sj tumbuhan (pokok menjalar yg kulitnya dibuat ubat), akar serapat putih, akar gerip putih, Parameria bata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.pat] | راڤت

Definisi : 1 hampir-hampir bertemu; hampir tidak ada selanya; kerap (bkn anyaman): Mereka disuruh duduk ~ sebelum diambil gambar. Dinding rumahnya dibuat drpd buluh yg dianyam ~. 2 tidak bercelah atau tidak bersela sedikit pun; tidak renggang: Peti itu ditutup ~. 3 dekat sangat; hampir sungguh: Kapal itu berlabuh ~ ke pantai. 4 sangat sesuai (bkn persahabatan); erat; karib: Perhubungan kedua-dua orang itu sangat ~. berapat, berapat-rapat berada (duduk dll) dekat-dekat: Mereka duduk ~ semasa menonton cerita seram itu. berapatan berhampiran; berdekatan. merapat 1 menjadi rapat: Sedikit demi sedikit, kedua-dua pihak mula ~. 2 berlabuh dekat dgn: Sebaik-baik saja kapal itu ~ ke pelabuhan, ia pun bergegas turun. merapati datang rapat dgn (pd); datang menghampiri; mendekati: Sepasukan tentera Rusia bergerak dgn pantas ~ kota Berlin. merapatkan membuat supaya menjadi rapat; mendekatkan; menutup rapat; mengeratkan (bkn persahabatan): Ada sesuatu yg ~ mereka berdua. memperapat menjadikan lebih rapat; memperdekat; mempererat. kerapatan keadaan rapat. perapatan perbuatan, hal dsb berapat, merapat atau merapatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.pat] | راڤت

Definisi : , = rapatan perhimpunan (kerana membincangkan sesuatu); mesyuarat: ~ raksasa perhimpunan besar yg dihadiri oleh orang ramai (biasanya di tanah lapang); ~ umum perhimpunan yg dihadiri oleh orang ramai. berapat mengadakan rapat; bersidang; bermesyuarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rapat (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh,
Berantonim dengan jarang

2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit,
Berantonim dengan jauh

3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra,
Berantonim dengan renggang

Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan,

Puisi
 

Tanam pinang rapat-rapat,
     Senang puyuh berlari;
Sudah pinang tidak dapat,
     Pujuk-pujuk bawa lari.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.

Bermaksud :

Perkataan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan daripada perkataan rakyat biasa.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
becendoi[b«.tSEn.doj]kata kerja1. mengekori dengan rapat ketika berjalan (berkenaan orang atau haiwan).Tang mana saja mak dia pi, anak dia becendoi.[tAN mA.nA sA.dZA mA/ di.jA pi A.nA/ di.jA b«.tSEn.doj]Di mana sahaja emaknya pergi, anaknya mengekori dengan rapat.
rap[ÒAp]kata adjektifberkenaan dengan seseorang atau haiwan yang rapat atau manja dengan seseorangDalam banyak-banyak anak yang sorang ni rap dengan tukang masak.[dA.lAm bA.øA/.bA.øA/ A.nA/ jAN s.ÒAN ni ÒAp d«.NAn tu.kAN mA.sA/]Ramai-ramai anak yang seorang ini rapat dengan pembantu rumah.
mami jarom[mA.mi dZA.Òom] gelaran untuk perempuan dewasa yang suka melaga-lagakan orangKalu tak dak sepuloh ribu jangan cuba nak rapat anak mami jarom tu.[kA.lu tA/ dA/ s«.pu.loh Òi.bu dZA.NAn tSu.bA nA/ ÒA.pAt A.nA/ mA.mi dZA.Òom tu]Kalau tidak ada sepuluh ribu jangan cuba hendak rapat anak mami jarum itu.
ram[ÒAm]kata kerjamenidurkan anak dengan memeluk anak rapat ke bahagian dada ibuNak ram anak kononnya tapi mak dia hanyut dulu[nA ÒAm A.nA ko.non.øA tA.pi mA di.jA hA.øut du.lu]Hendak ram anak kununnya tapi emaknya yang tertidur dahulu.
tembap[t«m.bAp]kata kerjamerapatkan dua benda hingga bersentuhanReta tembap dengan pintu pagaq.[ÒE.tA t«m.bAp d«.NAn pin.tu pA.gA)Ö]Kereta rapat dengan pintu pagar.

Kembali ke atas