Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ja] | ساج

Definisi : bp sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ja] | ساج

Definisi : 1 (biasanya utk menguatkan kata hanya, melainkan, cuma dsb) tiada yg lain; satu-satunya: Hanya tuanlah ~ yg dpt menolong saya. 2 selalu demikian (ttg keadaan, hal dll); masih begitu juga: Sudah tiga hari dia asyik termenung ~. 3 usahkan (jangankan) … malah; pun: Usahkan menegur, melihat ~ dia tidak sudi. 4 sesiapa … pun; sebarang: Sesiapa ~ dpt melakukannya. Ke mana ~ dia pergi, isterinya tentu ada bersama. 5 (dilakukan dll) dgn mudah, dgn sesuka hati dsb: Beras yg sekarung itu dijinjingnya ~. Diberikannya ~ wang itu kpd adiknya. 6 (utk menguatkan erti kata sebelumnya) sangat; sekali: Perkara itu mudah ~ diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saja

Puisi
 

Bukan saja saya menali,
     Saya menali benang melati;
Bukan saja adik menyanyi,
     Adik menyanyi menghibur hati.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Hinggap saja bagai langau.

Bermaksud :

Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan).

 

Lihat selanjutnya...(160)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merapak I[m«.ÒA.pA/]kata kerjaberlariNampak saja moto aih sekerem lalu, budak-budak merapak.[nAm.pA/ sA.dZA m.t AC s«.k«.Òem lA.lu bu.dA/.bu.dA/ m«.ÒA.pA/]Nampak saja motosikal ais krim lalu, budak-budak berlari.
gagau[gA.gAw]kata kerjamencuriDia keluaq sat saja, kawaq mai gagau reta meredak.[di.jA k«.lu.wA)Ö sAt sA.dZA kA.wA)Ö mAj gA.gAw Ò«.tA m«.Ò«.dA/]Dia keluar sekejap saja, pencuri datang mencuri harta bendanya.
buat loi[bu.wAt loj] selamba.Aku dok becakap pasai hang, hang buat loi saja.[A.ku do/ b«.tSA.kAp pA.sAj hAN hAN bu.wAt loj sA.dZA]Saya sedang bercakap mengenai awak, awak selamba saja.
kerutup[k«.Òu.tup]kata kerja1. makan beramai-ramai hingga habis.Sekoq kambin bakaq sat saja depa kerutup.[se.k)Ö kAm.bin bA.kA)Ö sAt sA.dZA dE.pA k«.Òu.tup]Seekor kambing bakar sekejap saja mereka makan.
meruah[m«.Òu.wAh]kata kerja1. membuang air besarHari ni saja dah berapa kali dia meruah, silap makan kot.[hA.Òi ni sA.dZA dAh b«.ÒA.pA kA.li di.jA m«.Òu.wAh si.lAp mA.kAn kot]Hari ini saja sudah berapa kali dia membuang air besar, tersilap makan agaknya.
baloq liat[bA.l)Ö li.jAt] tersangat malas.Hang ni betoi-betoi baloq liat, reja menereloh saja.[hAN ni b«.toj.b«.toj bA.l)Ö li.jAt Ò«.dZA m«.n«.Ò«.loh sA.dZA]Awak ini tersangat malas, kerja tidur saja.
roti[ҍ.ti]kata namabiskut keringTak dak apa aku nak jamu hang, roti ni saja yang ada.[tA dA A.pA A.ku nA dZA.mu hAN ҍ.ti ni sA.dZA jAN A.dA]Tidak ada apa saya hendak menjamu awak, biskut ini saja yang ada.
kawai[kA.wAj]kata kerjamembolot sesuatu untuk diri sendiri.Semua reta pesaka dia kawai kat dia sorang saja.[s«.mu.wA Ò«.tA p«.sA.kA di.jA kA.wAj kAt di.jA s.ÒAN sA.dZA]Semua harta pusaka dia bolot seorang saja.
karau[kA.ÒAw]kata kerja1. menghabiskan isi sahaja dan meninggalkan kuah.Habeh hang karau laok tinggai kuah gulai saja lagi.[hA.bEh hAN kA.ÒAw lAo/ tiN.gAj ku.wAh gu.lAj sA.dZA lA.gi]Awak habiskan lauk tinggal kuah gulai saja lagi.
gadoh[gA.doh]kata kerjabersusah payah, terburu-buru atau tergesa-gesaTok sah dok gadoh buat ayaq, sepa mai sat saja.[to sAh do gA.doh bu.wAt A.jA)Ö sE.pA mAj sAt sA.dZA]Jangan bersusah payah menyediakan minuman, kami datang sekejap saja.
1234

Kembali ke atas