Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak besar jumlahnya; tidak banyak: Banyak bekerja ~ bercakap. Wang simpanannya sudah tinggal ~ saja lagi. ~ banyak sedikit atau banyak (utk me­nyatakan jumlah yg tidak tentu ba­nyaknya); lebih kurang. sedikit-sedikit 1 tiap-tiap kali sedikit; sedi­kit demi sedikit: ~, lama-lama men­jadi bukit. 2 walaupun sedikit. menyedikitkan membuat menjadi se­dikit; mengurangkan supaya sedikit; mengecilkan: ~ belanja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar dll): Beri saya nasi ~. Kuih itu manis ~. ~ banyak lebih kurang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(106)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
geret[g«.Òet]kata kerjamenggigit sedikit-sedikit.Makan roti bagi habeh, jangan dok geret rata-rata.[mA.kAn Òo.ti bA.gi hA.beh dZA.NAn do g«.Òet ÒA.tA.ÒA.tA]Makan biskut sampai habis, jangan gigit rata-rata.
koi-koi[koj.koj]kata adjektifberkenaan dengan seseorang atau sesuatu yang berkurangan sedikit demi sedikit.Orang dah pon koi-koi balek, jom kita balek.[.ÒAN dAh pon koj.koj bA.le/ dZom ki.tA bA.le/]Orang sudah pun berkurangan sedikit demi sedikit balik, mari kita balik.
cap-cap[tSAp.tSAp]kata adjektif1. berkenaan dengan kuah yang sangat sedikit.Orang buat sambai tomeh kuah cap-cap.[.ÒAN bu.wAt sAm.bAj to.meh ku.wAh tSAp.tSAp]Orang buat sambal tumis kuahnya sedikit sahaja.
gesak[gE.sA]kata kerjaberanjak sedikit dari tempat asal.Hang gesak sana sikit, aku nak dok.[hAN gE.sA sA.nA si.kit A.ku nA do]Awak beranjak sana sikit, saya hendak duduk.
   3. berkenaan dengan haiwan yang mempunyai bulu yang sangat sedikitAyam dogeang selalu kena patok dengan ayam laen.[A.jAm d.gE.jAN s«.lA.lu k«.nA pA.to d«.NAn A.jAm lAen]Ayam dogeang selalu dipatuk oleh ayam lain.
celet[tSE.lEt]kata kerjamenanggalkan kotoran yang melekat sedikitSat gi masa hang nak masok dewan, hang celet kasut hang kat rumput.[sAt gi mA.sA hAN nA/ mA.so/ dE.wAn hAN tSE.lEt kA.sut hAN kAt Òum.put]Nanti semasa awak hendak masuk dewan, awak celet kasut di rumput.
besaq cet[b«.sA)Ö tSet] terlalu kecil atau sedikit.Dia buat kue makmo besaq cet.[di.jA bu.wAt kue mA.mo b«.sA)Ö tSet]Dia membuat kuih makmur terlalu kecil.
gabuih ponggong[gA.buC]kata kerja1. menanggalkan kekotoran yang sedikit pada sesuatu dengan menggunakan tapak tangan atau jari secara berulang kaliDia gabuih habok dekat baju dia.[di.jA gA.buC hA.bo d«.kAt bA.dZu di.jA]Dia gabuih habuk di bajunya.
secotet[s«.tS.tEt]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang sangat kecil atau sedikitTanah tu secotet macam mana nak bagi-bagi hampa adek beradek.[tA.nAh tu s«.tS.tEt mA.tSAm mA.nA nA bA.gi.bA.gi hAm.pA A.de b«.ÒA.de]Tanah itu sangat kecil bagaimana hendak membahagi-bahagikan antara kamu adik beradik.
jerit[dZ«.Òit]kata kerjaminum sekadar membasahkan tekak.Kalu nak balek pon jerit ayaq sikit.[kA.lu nA/ bA.le/ pon dZ«.Òit A.jA)Ö si.kit]Kalau hendak balik sekalipun, minum sedikit air.
12

Kembali ke atas