Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.buh] | سمبوه

Definisi : menjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (drpd sakit, penyakit), baik, betah: orang-orang yg sakit itu akan ~ semula dgn segera; maka apabila ~ lukanya, maka baliklah ia ke Pagar Ruyung; menyembuhkan menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh): jangan­lah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja; kesembuhan perihal sembuh; penyembuhan perihal menyembuhkan, pemu-lihan; penyembuh (sesuatu) yg menyembuhkan: tiada ubat ~ utk penyakit AIDS. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.buh] | سمبوه

Definisi : kembali menjadi sihat (ba­gi orang yg menghidap sesuatu pe­nyakit); baik semula; pulih: Lukanya sudah ~. menyembuhkan mengubati sehingga sembuh; menjadikan sembuh: Taj-ul-Muluk pun pergilah mengembara mencari ubat utk ~ penyakit ayahandanya. kesembuhan keadaan atau hal sembuh: Rawatan itu tidak menjamin ~ sepenuhnya. penyembuhan perbuatan atau hal menyembuhkan: Mereka ber­usaha mencari kaedah ~ yg berkesan utk penyakit itu. penyembuh ubat atau sesuatu yg menyembuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembuh (adjektif)
Bersinonim dengan sihat kembali, pulih, baik, betah, siar, segar, waras, uras;,
Kata Terbitan : menyembuhkan, kesembuhan, penyembuhan,

Puisi
 

Air dalam bertambah dalam,
     Hujan dahulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
     Luka dahulu belumlah sembuh.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sedaih[s«.dAC]kata kerjamelakukan atau menerima sesuatu (seperti pukul, hisap, minum) sekali sahajaDia pi berubat kat bomo tu sedaih saja, teruih baek.[di.jA pi b«.Òu.bAt kAt b.mo tu s«.dAC sA.dZA t«.ÒuC bAe/]Dia pergi berubat kepada bomoh itu sekali sahaja terus sembuh.

Kembali ke atas