Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mut] | سموت

Definisi : sj serangga yg merayap; jenis-jenisnya: ~ api sj semut, Tetraponera rufonigra; ~ gajah sj semut, Camponotus gigas; ~ gula sj semut, Monomorium pharaonis; ~ kayu sj semut yg besar dan hitam (yg mengorek kayu), Camponotus her­culaneus; ~ kerengga sj semut, Oecophylla smaragdina dll; ~ dipijak tidak mati, gajah diharung ber-gelimpangan = ~ terpijak tidak mati, alu terharung patah tiga prb perihal jalan se-orang perempuan yg baik lagi teratur (tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat); ~ gatal nak gonggong gunung bagaimana dunia takkan sunyi prb perbuatan yg bukan-bukan; di mana ~ mati kalau tidak dlm gula = mati ~ kerana gula prb manusia itu akan tertipu dgn pujuk rayu; umpama ~ mem­persembah-kan paha belalang kpd raja prb pemberian yg amat sedikit; semut-semut berasa kebas kerana lama ter-tekan dll (bkn kaki dan tangan), berasa senyar; menyemut berkerumun dgn ramainya, menge-lilingi sesuatu dgn ramainya: ia tidak berkejar ke sana kerana orang telah ~ di sana; semut-semutan, kesemut-semutan, ke­semut­an semut-semut: sekejap-sekejap dia bangun berjalan kerana menghilangkan kesemutan di kakinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mut] | سموت

Definisi : pd anggota badan kerana lama terhim­pit dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.mut] | سموت

Definisi : ~ orang di sepanjang jalan itu. kese­mutan, semut-semutan berasa kebas (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.mut] | سموت

Definisi : berbagai-bagai jenis serangga kecil yg merayap. ~ api Tetraponera rufonigra. ~ gajah Camponotus gigas. ~ gula Monomorium pharaonis. ~ kerengga kerengga, Oecophylla smaragdina. me­­nyemut banyak spt semut; ber­keru­mun (berduyun-duyun); banyak sekali: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semut (kata nama)
Bersinonim dengan serangga merayap, kelik-kelik;,
Kata Terbitan : menyemut, semut-semutan, kesemut-semutan,

Puisi
 

Bagaimana membunuh semut,
     Taruh gula di mangkuk perang;
Bagaimana saya hendak selimut,
     Kainku sudah dipinjam orang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Semut gatal nak gonggong gunung,
     bagaimana dunia takkan sunyi.

Bermaksud :

Sesuatu yang mustahil dilakukan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ketet[k«.tet]kata kerjadigigit serangga.Masa aku sidai kaen bawah pokok tadi, semut gatai ketet aku.[mA.sA A.ku si.dAj kAen bA.wAh p.ko/ tA.di s«.mut gA.tAj k«.tet A.ku]Masa saya sidai kain bawah pokok tadi, saya digigit semut gatal.
   2. mengibas-ngibas dengan kuat sesuatu benda seperti kain, tikar dan lain-lainGeretok dulu kaen tu kalu nak pakai, kot-kot ada semut.[g«.Ò«.to du.lu kAen tu kA.lu nA pA.kAj kot.kot A.dA s«.mut]Kibas dulu kain itu kalau hendak pakai, kalau-kalau ada semut.
tinaih[ti.nAC]kata kerja1. menindih serangga kecil seperti kutu, pijat, semut dan lain-lain menggunakan ibu jariBanyak sangat kutu hang, lengoh aku nak tinaih.[bA.øA sA.NAt ku.tu hAN l«.Noh A.ku nA ti.nAC]Banyak sangat kutu awak, penat saya menindih dengan jari.

Kembali ke atas