Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.per.ti] | سڤرتي

Definisi : 1. sama (serupa) dgn, sebagai, semacam: rambutnya ~ rambut perempuan; laki-laki itu memejamkan matanya sejurus ~ orang kegelisahan benar; 2. sesuai dgn, sebagai-mana: keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ~ yg tersiar dlm akhbar ini; 3. seolah-olah, macam: ~ tidak ada orang lain yg pandai; 4. = sepertinya misalnya, contohnya, um-pamanya: akhbar-akhbar Melayu ~ Utusan Melayu, Berita Harian, dll banyak dibaca di kampung-kampung; bukan ~ bukan main; sepertinya 1. jikalau, seandainya, sekiranya: ~ engkau diajak mahukah engkau pergi? 2. selayaknya, semestinya: maka oleh Paduka Bubunnya disuruhnya jemput surat itu dan disuruhnya arak dgn ~; 3. umpamanya; sepertikan tidak ubahnya, bagaikan: ia ber-jalan itu sangat perlahan ~ tiada berdaya lakunya; menyepertikan sl 1. menjadikan sbg sepatut-nya, menjadikan sbg yg sepantasnya; 2. me-nyamakan dgn, menganggap seperti. sepertimana sebagaimana, seperti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.per.ti] | سڤرتي

Definisi : 1 sama halnya dgn; tidak ada lainnya; serupa dgn; sebagai: Rambutnya ~ rambut orang perempuan. Dia berkelakuan ~ orang mabuk. 2 sesuai dgn; sebagaimana: Buatlah ~ yg aku suruh tadi. 3 umpamanya; contohnya; misalnya: Binatang yg bertelur, ~ ayam, burung, dan ikan tidak berdaun telinga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seperti (kata tugas)
Bersinonim dengan laksana, ibarat, umpama, bak, bagaikan, macam, serupa.,

Puisi
 

Emas merah kesuma danding,
     Perahu sarat seperti pelanting;
Awaknya putih pinggang ramping,
     Matanya tajam seperti gunting.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Seperti upih jatuh.

Bermaksud :

Yang tua mati dulu daripada yang muda.

 

Lihat selanjutnya...(415)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   3. seperti, macamTera tu punya alim hang tak mau lagi.[t«.ÒA tu pu.øA A.lim hAN tA/ mAw lA.gi]Seperti itu alimnya awak tidak berkenan lagi.
balai lintang[bA.lAj lin.tAN] binaan yang bersambung dengan binaan induk (seperti masjid, surau) untuk berbagai guna seperti sembahyang, makan, belajar dan lain-lain.Lepaih teraweh ada more bubur kacang kat balai lintang.[l«.pAC t«.ÒA.wEh A.dA m.rE bu.b)Ö kA.tSAN kAt bA.lAj lin.tAN]Lepas tarawih ada jamuan bubur kacang di balai lintang.
melugai[m«.lu.gAj]kata adjektif1. rasa seperti hendak muntahGulai ikan ruan ni hanyaq, nak makan pon melugai.[gu.lAj i.kAn Òu.An ni hA.øA)Ö nA/ mA.kAn pon m«.lu.gAj]Gulai ikan haruan ini hanyir, hendak makan pun rasa seperti hendak muntah.
angket[AN.ket]kata kerjamengangkat atau mengalih sesuatu yang kecil dan ringan seperti periuk, kain dan lain-lain.Pi angket kaen cepat pasai nampak lagu nak ujan.[pi AN.ket kAen tS«.pAt pA.sAj nAm.pA lA.gu nA u.dZAn]Pergi angkat kain cepat sebab nampak seperti hendak hujan.
   3. memegang sesuatu seperti bucu bantal, puting, cuping telinga dan sebagainya dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.Kalu nak tidoq anak aku suka gelinte telinga.[kA.lu nA ti.do)Ö A.nA A.ku su.kA g«.lin.tE t«.li.NA]Kalau hendak tidur, anak saya suka gelinte telinga.
   2. bahagian belakang sesuatu seperti kereta, kuali dan lain-lainAwat pungkoq reta hang kemek?[A.wAt puN.ko)Ö ÒE.tA hAN k«.me]Apa sebab belakang kereta awak kemek?
   4. merempuh dalam permainan seperti bola sepak, ragbi, bola keranjang dan sebagainyaDia kena buang padang pasai dok handaih pemaen lawan masa maen bola.[di.jA k«.nA bu.wAN pA.dAN pA.sAj do/ hAn.dAC p«.mAen lA.wAn mA.sA mAen b.lA]Dia dibuang padang sebab asyik merempuh pemain lawan semasa perlawanan bola sepak.
   2. berkenaan dengan tempat, seperti tanah atau padang dan lain-lain, yang berair.Depan rumah dia belenja lepaih ujan.[d«.pAn Òu.mAh di.jA b«.l«n.dZA l«.pAC u.dZAn]Depan rumahnya berair selepas hujan.
   2. menyarung sesuatu pada kaki (seperti stokin, kasut dan lain-lain)Serelom stoken dulu baru pakai kasut.[s«.Ò«.lom sto.ken du.lu bA.Òu pA.kAj kA.sut]Sarungkan stoking dahulu baru memakai kasut.
   2. membuat lubang pada sesuatu seperti buah, dinding, tanah dan lain-lain.Awat hang tak kaet nyoq tu, habeh tupai kerobek.[A.wAt hAN tA/ kAet ø)Ö tu hA.beh tu.pAj k«.ҍ.bE/]Mengapa awak tidak kait kelapa itu, habis tupai buat lubang.
12345678910

Kembali ke atas