Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sung.guh.sung.guh] | سوڠݢوه٢

Definisi : tidak main-main, dgn segenap hati, dgn tekun: kelemahan inilah yg harus diketahui, yg harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sung.guh.sung.guh] | سوڠݢوه٢

Definisi : tidak main-main; dgn segenap hati; dgn tekun: Belajarlah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungguh-sungguh

Puisi
 

Ogah-ogah di dalam bandul,
     Batang kelapa dalam padinya;
Sungguh-sungguh tiada padul,
     Manakan lupa dalam hatinya.


Lihat selanjutnya...(188)
Peribahasa

Sungguh kawat yang dibentuk,
     ikan ditebat yang diadang.

Bermaksud :

Tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lece[lE.tSE]kata adjektif1. berkenaan dengan tidak bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu.Depa maen sunggoh-sunggoh tapi kalah pasai penjaga gol depa lece.[dE.pA mAen suN.goh.suN.goh tA.pi kA.lAh pA.sAj p«n.dZA.gA gol dE.pA lE.tSE]Mereka main sungguh-sungguh tapi kalah sebab penjaga gol mereka tidak bersungguh-sungguh.
darai[dA.ÒAj]kata namalelaki yang berperwatakan seperti perempuan; jebong, ponen.Mati-mati aku ingat pompuan, dengaq sora baru aku tau yang dia darai.[mA.ti.mA.ti A.ku in.gAt pm.pu.wAn d«.NA)Ö s.ÒA bA.Òu A.ku tAw jAN di.jA tu dA.ÒAj]Sungguh-sungguh saya ingat perempuan, dengar suara baru saya tahu yang dia itu darai.
kampoi II[kAm.poj]kata kerja1. melakukan sesuatu bersungguh-sungguh kerana terdesak.Dekat nak pereksa baru nak kampoi belajaq.[d«.kAt nA/ p«.ÒE/.sA bA.Òu nA/ kAm.poj b«.lA.dZA)Ö]Dekat nak periksa baru belajar bersungguh-sungguh.
peken[p«.kEn]kata adjektifberjimat bersungguh-sungguhKalu hang ambek gaji bulan ni awai, bulan depan hang kena peken.[kA.lu hAN Am.bE gA.dZi bu.lAn ni A.wAj bu.lAn d«.pAn hAN k«.nA p«.kEn]Kalau awak ambil gaji bulan ini awal, bulan depan awak perlu berjimat bersungguh-sungguh.
celap-celup[tS«.lAp.tS«.lup]kata adjektifberkenaan dengan kerja yang dibuat tidak bersungguh-sungguhSegan nak suroh dia buat reja, reja dia besanya celap-celup.[s«.gAn nA su.Òoh di.jA bu.wAt Ò«.dZA Ò«.dZA di.jA bE.sA.øA tS«.lAp.tS«.lup]Malas hendak menyuruhnya membuat kerja, kerjanya biasa tidak bersungguh-sungguh.
   3. ketawa bersungguh-sungguhBila dia dengaq cerita tu, dia punya langgah sampai tekeluaq ayaq mata.[bi.lA di.jA d«.NA)Ö tS«.Òi.tA tu di.jA pu.øA lAN.gAh sAm.pAj t«.k«.lu.wA))Ö A.jA)Ö mA.tA]Apabila dia mendengar cerita itu, dia ketawa sehingga terkeluar air mata.
gagah[gA.gAh]kata kerjaberikhtiar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatuDah tau tak beduet dok gagah nak pebesaq rumah sampai berutang.[dAh tAw tA b«.du.wet do gA.gAh nA p«.b«.sA)Ö Òu.mAh sAm.pAj b«.Òu.tAN]Sudah tahu tidak berduit dia berikhtiar hendak perbesar rumah sehingga berhutang.
pulon[pu.lon]kata kerjamelakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguhKalu tak pulon lagu ni, bila reja nak siap?[kA.lu tA pu.lon lA.gu ni bi.lA Ò«.dZA nA si.jAp]Kalau tidak bersungguh seperti ini, bila kerja hendak siap.
rabong[ÒA.boN]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang rajin bercakapAku tak larat nak dengaq dia punya cerita, pasai dia rabong sungguh.[A.ku tA lA.ÒAt nA d«.NA)Ö di.jA pu.øA tS«.Òi.tA pA.sAj di.jA ÒA.boN suN.goh]Saya tidak tahan hendak mendengar ceritanya, sebab dia rajin bercakap.
topui[to.puj]kata adjektifgemuk berkenaan orang.Adek dia sorang tu topui sunggoh.[A.de di.jA so.ÒAN tu to.puj suN.goh]Adiknya yang seorang itu sungguh gemuk.
123

Kembali ke atas