Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.dang] | اودڠ

Definisi : sj binatang yg hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan berekor); jenis-jenisnya: ~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~ kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, dll; ~ kering udang yg dikeringkan; bongkok ~ melengkung badannya spt udang; kepala ~ ki bodoh benar; keropok ~ keropok yg dibuat drpd udang; pulut ~ sj makanan drpd pulut yg berintikan udang yg bercampur dgn kelapa yg diparut; ~ hendak mengata(i) ikan prb kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; ~ merentak dlm tangguk prb orang yg tidak tetap laku dan kedudukannya; ~ tak tahu dibongkoknya prb orang yg tidak insaf dgn kekurangan diri sendiri; bagai ~ dlm tangguk prb a) menggeletek-geletek kerana kesukaan; b) dlm kesukaran; bagai ~ tahi di kepala prb banyak hutangnya; banyak ~ banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya prb kegemaran (kemahuan, fikiran, dll) tiap-tiap orang itu tidak sama; berudang ada udang, terdapat udang; ~ di balik batu prb ada sesuatu yg tersembunyi drpd yg dilahirkan dgn mulut atau dgn perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.dang] | اودڠ

Definisi : ; burung ~ sj burung, Totanus spp.; burung raja ~ sj burung a) Alcedo atthis bengalensis; b) Alcedo meninting verrauxii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.dang] | اودڠ

Definisi : berbagai-bagai jenis binatang (berkulit keras, berkaki sepuluh dan berekor) yg hidup di air dan boleh dimakan. ~ galah Palaemon longirostris. ~ geragau (pepai, kepai) Mysis spp.. ~ kering udang yg dikeringkan, Paenaeus momdon. ~ laut Palinurus homarus. ~ lubuk Thenus orientalis. ~ sungai Palaemon sondaicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata udang

Puisi
 

Anak udang,
     udang juga,
Tidak sama anak tenggiri;
     Anak orang orang juga,
Tidak sama anak sendiri.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Udang hendak mengatai ikan.

Bermaksud :

Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sepit udang[s«.pit u.dAN] bahagian hujung semanggang yang memegang tayar basikalSepit udang dah reput pasai tu taya tekeluaq.[s«.pit u.dAN dAh Ò«.put pA.sAj tu tA.jA t«.k«.lu.wA)Ö]Bahagian hujung semanggang sudah reput sebab itu tayar terkeluar.
tutoh[tu.toh]kata kerja1. makan.Hang tutoh udang kat hang sorang saja noh.[hAN tu.toh u.dAN kAt hAN so.ÒAN sA.dZA noh]Awak makan udang seorang sajalah.

Kembali ke atas