Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa/.tu] | وقتو

Definisi : 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembah­yang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal; sewaktu dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan itu telah dirompak ~ menangkap ikan; sewaktu-waktu bila-bila sahaja, sebarang waktu: ~ kami dapat ditangkap; berwaktu mempunyai waktu yg tertentu, memakai waktu; sembahyang diberi ~, janji diberi berketika prb sesuatu pekerjaan hen­daklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa/.tu] | وقتو

Definisi : 1 rangkaian saat atau ketika yg telah lampau, sekarang dan yg akan datang; masa; tempoh: Tidak ada sesiapa pun yg mengetahui apa-apa yg akan berlaku pd ~ yg akan datang. 2 saat yg tertentu utk melakukan sesuatu (spt utk bersembahyang): ~ subuh; ~ makan; ~ tidur. 3 ukuran masa yg tertentu; jangka masa: Dlm ~ yg singkat saja, ia dpt menyiapkan kerja itu. 4 masa melakukan atau masa berlakunya sesuatu; ketika; saat: Kebetulan pula pd ~ itu, ia sedang mandi. ~ hujan; ~ malam. 5 masa yg terluang; kesempatan; peluang: Tidak ada ~ sama sekali utk berehat kerana kerja banyak. ~ (Min) Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan atau penentuan waktu di tempat lain di dunia. ~ perdana (utama) waktu yg paling ramai orang menonton televisyen atau mendengar radio. ~ puncak waktu berlakunya sesuatau, mis ketika lalu lintas paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik paling tinggi. ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain. berwaktu mengikut waktu; ada waktunya: Ia makan ~. sewaktu sama waktu dgn; pd waktu; semasa: ~ pencuri masuk, ia sedang tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,

Puisi
 

Waktu senja tanak pulut,
     Untuk bekal turun ke padang;
Di mulut naga lagi kurebut,
     Inikan pula di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Lang pungguk lang berikan,
     tidur siang berjaga malam.

Bermaksud :

Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merelop[m«.Ò«.lop]kata adjektifwaktu senjaDekat nak merelop, lekaih siap sat ni tak dan pi semayang maghrib kat menaksah.[d«.kAt nA/ m«.Ò«.lop l«.kAC si.jAp sAt ni tA/ dAn pi s«.mA.jAN mAx.rib kAt m«.nA/.sAh]Sudah hampir senja, cepat siap nanti tidak sempat pergi sembahyang maghrib di surau.
   2. tidur melebihi had biasa atau pada waktu yang tidak sesuai; merelohDah pukoi berapa ni hang dok menereloh lagi, jom pi pasa malam.[dAh pu.koj b«.ÒA.pA ni hAN do/ m«.n«.Ò«.loh lA.gi dZom pi pA.sA mA.lAm]Pukul berapa sekarang awak masih tidur lagi, mari pergi pasar malam.
gelegaq[g«.l«.gA)Ö]kata namabinaan terbuka yang agak besar yang diletak di luar rumah biasanya bertujuan untuk bersantai di waktu petang.Petang ni kita menyicah ceremai kat gelegaq rumah aku.[p«.tAN ni ki.tA m«.øi.tSAh tS«.Ò«.mAj kAt g«.l«.gA)Ö Òu.mAh A.ku]Petang ini kita mengicah cermai di gelegak rumah saya.
lambot kelin[lAm.bot k«.lin] permainan batu seremban.Masa rehat budak-budak suka maen lambot kelin.[mA.sA Òe.hAt bu.dA/.bu.dA/ su.kA mAen lAm.bot k«.lin]Waktu rehat budak-budak suka bermain batu seremban.
rekau[Ò«.kAw]kata kerjaberikhtiar untuk mendapatkan sesuatu; kerekauMai dah tengah malam, mana orang nak rekau cari laok.[mAj dAh t«.NAh mA.lAm mA.nA .ÒAN nA/ Ò«.kAw tSA.Òi lAo/]Datang waktu tengah malam, bagaimana saya hendak berikhtiar untuk mencari lauk.
hau[hAw]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang sudah habis.Tadi laok banyak lagi, mai tengah hari dah hau.[tA.di lAo bA.øA lA.gi mAj t«.NAh hA.Òi dAh hAw]Tadi lauk banyak lagi, waktu tengah hari sudah habis.
aci lut[A.tSi lut] permainan sembunyi-sembunyi.Tok tak bagi maen aci lut malam-malam pasai takut hantu sorok.[to/ tA/ bA.gi mAen A.tSi lut mA.lAm.mA.lAm pA.sAj tA.kut hAn.tu s.Òo/]Nenek tidak beri main sembunyi-sembunyi waktu malam sebab takut hantu sembunyi.

Kembali ke atas