plumbum | lead | Unsur logam dalam kumpulan 14 dalam jadual berkala. Simbolnya, Pb. | Menengah Atas |
pH | pH | Nilai kepekatan ion hidrogen dalam larutan yang mempunyai skala pH antara 1 — 14. Nilai pH yang kurang daripada 7 merujuk kepada larutan berasid, manakala nilai pH yang lebih daripada 7 merujuk kepada larutan beralkali. Nilai pH 7 merujuk kepada larutan neutral. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
alkali | alkali | Bahan yang larut dalam air, menukarkan kertas litmus merah menjadi biru, berasa pahit dan mempunyai nilai pH antara 8 - 14. Alkali akan membentuk garam dan air apabila bertindak balas dengan asid. | Menengah Rendah |
plumbum | lead | Unsur logam berwarna kelabu, mulur, lembut, tahan kakis, dan digunakan sebagai bahan untuk membuat bateri storan, aloi pengimpal, penyalut kabel dan sebagainya. Unsur ini berada dalam kumpulan 14 jadual berkala. | Menengah Rendah |