persekitaran dalaman | internal environment | Bendalir yang mengelilingi sel-sel hidup dalam organisma multisel, yang terdiri daripada bendalir luar sel plasma darah dan bendalir limfa. | Menengah Atas |
homeostasis | homeostasis | Pengawalaturan persekitaran dalaman dari segi faktor kimia dan fizikal supaya sel berfungsi dalam keadaan optimum. | Menengah Atas |
rangka dalam | endoskeleton | Struktur keras dalaman yang berada dalam haiwan vertebrat dan manusia yang terdiri dari tulang dan rawan. Rangka dalam berfungsi melindungi organ dan fungsi otot. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
mekanisme kawal atur | regulatory mechanism | Sistem kawalan persekitaran dalaman untuk mengekalkan kestabilan sesuatu bahan, dan diselenggara dalam keadaan yang terbatas walaupun keadaan persekitaran luaran berubah. | Menengah Atas |
koordinasi badan | body coordination | Penyelarasan organ dan sistem dalaman badan untuk menghasilkan gerak balas terhadap rangsangan tertentu. | Menengah Atas |
kelikatan | viscosity | Kerintangan bendalir yang mengalir disebabkan geseran dalaman antara lapisan-lapisan bendalir yang bergerak. | Menengah Atas |
anatomi | anatomy | Cabang bidang biologi yang mengkaji struktur dalaman tumbuhan dan haiwan. | Menengah Atas |
organ deria | sense organs | Organ yang berfungsi menerima rangsangan dalaman dan luaran, iaitu mata sebagai deria penglihatan, telinga sebagai deria pendengaran, hidung sebagai deria bau, kulit sebagai deria sentuh dan lidah sebagai deria rasa. | Sekolah Rendah |
rangka | skeleton | Struktur yang menyokong badan dan melindungi organ-organ dalaman. Rangka menentukan bentuk badan, memberikan perlindungan kepada tisu lembut dan juga menyediakan permukaan untuk pelekatan otot. | Menengah Rendah |
gambar sinar-X | X-ray photograph | Gambar yang menunjukkan imej dalaman sesuatu objek, biasanya bahagian tubuh, yang terhasil apabila sinar-X menembusi bahagian berkenaan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |