Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (vertébrata) (Bio) kumpulan haiwan yg bertulang belakang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Vertebrata


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
testistestisOrgan pembiakan pada vertebrata jantan yang menghasilkan sperma dan juga hormon testosteron setelah mencapai kematangan seks.Menengah Atas
duodenumduodenumBahagian pertama usus kecil vertebrata, salah satu tempat pencernaan makanan yang menerima cairan dari pundi hempedu serta pankreas.Menengah Atas
abdomenabdomen1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. Lihat RajahMenengah Atas
ventrikelventricleRuang yang terdapat pada jantung vertebrata. Ventrikel jantung menerima darah dari atrium, dan mengepamnya ke luar, ke seluruh tubuh melalui arteri.Menengah Atas
medula oblongatamedulla oblongataBahagian belakang otak vertebrata yang terletak di antara pons dengan saraf tunjang. Lihat RajahMenengah Atas
hatiliverOrgan yang terbesar dalam badan vertebrata, dan berfungsi merembeskan hempedu ke dalam salur makanan. Pada manusia, organ ini terletak di sebelah kanan rongga abdomen, di bawah diafragma.Menengah Atas
keratinkeratinProtein gentian yang terdapat dalam epidermis vertebrata yang membentuk lapisan kulit, rambut, kuku, tanduk dan sisik.Menengah Atas
ginjalkidneyOrgan perkumuhan yang terletak di bahagian abdomen vertebrata. Ginjal terdiri daripada bahagian luar, iaitu korteks, dan bahagian dalam, iaitu medula. Ia berfungsi menuras darah, mengumuh hasil akhir metabolisme dalam bentuk air kencing, dan mengawal tekanan osmosis darah.Menengah Atas
asetilkolinaacetylcholineSalah satu neuropemancar utama dalam sistem saraf vertebrata.Menengah Atas
lakteallactealSalur limfa yang terdapat dalam vilus usus kecil vertebrata.Menengah Atas
12

Kembali ke atas