simpang p-n | p-n junction | Pembahagian antara bahan jenis-p dan jenis-n dalam peranti semikonduktor. <a href="http://prpm.dbp.gov.my/GSImage/Simpang_P_N.jpg" onclick="window.open(this.href, 'mywin', 'left=20,top=20,width=500,height=500,toolbar=1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajaha> | Menengah Atas |
newton | newton | Unit untuk daya. Simbol N. | Menengah Rendah |
diod | diode | Satu peranti elektronik yang mempunyai simpang p-n yang mengalirkan arus dalam satu arah sahaja, dan digunakan sebagai rektifier dalam alat-alat elektronik. | Menengah Atas |
tekanan | pressure | Daya per unit luas. Tekanan diukur dalam unit newton per meter persegi, N/m2 atau pascal, Pa. | Menengah Rendah |
transistor | transistor | Peranti elektronik yang digunakan sebagai amplifier arus. Ia terdiri daripada bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p, dengan mempunyai tiga terminal yang masing-masing berfungsi sebagai pengumpul, pengeluar dan tapak. | Menengah Atas |
berat | weight | Daya yang bertindak ke atas jasad disebabkan tarikan graviti bumi. Berat diukur dalam unit newton (N). | Menengah Atas |
berat | weight | Daya yang bertindak ke atas jisim jasad disebabkan tarikan graviti bumi. Berat diukur dalam unit newton, N. | Menengah Rendah |
nitrogen | nitrogen | Unsur bukan logam yang tidak berwarna, tidak berbau dan wujud dalam bentuk gas secara semula jadi dalam atmosfera. Komposisi gas nitrogen di atmosfera ialah 78%. Nitrogen digunakan dalam penyediaan asid nitrik, ammonia, bahan letupan dan digunakan sebagai bahan penyejuk dan antipengoksida. Simbol N. | Menengah Rendah |