Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gén] | اݢين

Definisi : (agén) sesuatu yg menyebabkan berlaku­nya tindak balas (proses dsb): ~ pendebungaan; ~ kimia; ~ pengoksidaan agen yg men­dermakan oksigen kpd unsur atau sebatian lain sewaktu tindak balas kimia; ~ penurunan agen (unsur, sebatian, dll) yg menyingkirkan oksigen drpd unsur atau seba­tian atau menam­bahkan hidrogen atau men­dermakan elektron kpd unsur atau sebatian lain, sewaktu tindak balas kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gén] | اݢين

Definisi : /agén/ist 1 bahan atau organisma yg dpt mempengaruhi atau dpt memberi kesan kpd sesuatu tindak balas: ~ kimia. 2 apa-apa (cara dsb) yg menyebabkan sesuatu berlaku atau terjadi: Angin, serangga, air dsb ialah ~ pendebungaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agen


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
agen pendebungaanpollinating agentFaktor persekitaran seperti angin, serangga, air dan haiwan yang membantu memindahkan butir debunga dari anter ke stigma ketika proses pendebungaan.Menengah Rendah
agen penurunanreducing agentBahan yang menurunkan bahan lain dan dioksida dalam tindak balas kimia.Menengah Atas
agen pemekatthickening agentBahan yang menambah kelikatan sesuatu larutan atau campuran pepejal atau cecair tanpa mengubah sifat-sifatnya yang lain.Menengah Atas
agen kontanganhydrous agentBahan yang diperlukan untuk proses penyingkiran air. Contohnya, kalsium klorida kontang.Menengah Atas
mutagenmutagenAgen yang menyebabkan mutasi pada sesuatu organisma.Menengah Atas
detergendetergentAgen pembersih yang boleh mengurangkan tegangan permukaan air, meningkatkan pembasahan, pengemulsian, penyerakan dan boleh berfungsi dalam air liat.Menengah Atas
nektarnectarCecair yang kaya dengan gula, dihasilkan oleh bunga dan berfungsi menarik perhatian agen pendebungaan.Menengah Rendah
sel keringdry cellSel primer yang mempunyai katod karbon atau grafit bersalut dengan mangan dioksida (sebagai agen penyahkutuban) dalam adunan ammonium klorida (sebagai elektrolit yang tidak bergerak), yang dikedapkan dengan anod zink, yang lazimnya berbentuk bulat. Sel ini digunakan dalam peralatan yang menggunakan voltan rendah. Lihat RajahMenengah Atas
pendebungaanpollinationProses pemindahan debunga dari anter ke stigma sebelum berlakunya persenyawaan dalam tumbuhan berbunga. Pemindahan ini biasanya berlaku dengan bantuan agen pendebungaan seperti serangga, angin dan air.Menengah Rendah
hidrogen peroksidahydrogen peroxideCecair likat yang tidak berwarna, takat beku - 0.4°C, takat didih 150.2°C, dan larut dalam air dan alkohol. Hidrogen peroksida sangat reaktif dan dapat bertindak sebagai agen pengoksidaan. Sebatian ini biasanya digunakan sebagai bahan antiseptik dan bahan peluntur.Menengah Rendah

Kembali ke atas