sitokinesis | cytokinesis | Pembahagian sitoplasma di akhir peringkat telofasa. | Menengah Atas |
fasa luteum | luteal phase | Fasa akhir kitaran haid (pada manusia dan beberapa haiwan lain) atau kitaran estrus (pada mamalia berplasenta yang lain). Hormon utama yang dikaitkan dengan peringkat ini ialah progesteron, yang kandungannya jauh lebih tinggi pada fasa luteum berbanding pada fasa kitaran yang lain. | Menengah Atas |
mangkin | catalyst | Bahan yang dapat mengubah kadar tindak balas kimia tanpa mengubah komposisi kimianya pada akhir tindak balas. | Menengah Atas |
pentitratan | titration | Suatu teknik makmal yang menggunakan satu larutan piawai alkali untuk menentukan kepekatan suatu larutan asid dengan bantuan penunjuk bagi mengesan takat akhir tindak balas peneutralan. | Menengah Atas |
pentitratan | titration | Kaedah untuk menentukan kepekatan sesuatu isi padu suatu larutan dengan mencampurkan larutan lain yang diketahui isi padunya melalui buret secara perlahan-lahan sehingga takat akhir dicapai dengan bantuan penunjuk. | Menengah Rendah |
ginjal | kidney | Organ perkumuhan yang terletak di bahagian abdomen vertebrata. Ginjal terdiri daripada bahagian luar, iaitu korteks, dan bahagian dalam, iaitu medula. Ia berfungsi menuras darah, mengumuh hasil akhir metabolisme dalam bentuk air kencing, dan mengawal tekanan osmosis darah. | Menengah Atas |