Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.tif] | اکتيف

Definisi : 1. giat (bekerja, berusaha), cergas: ia sedang ~ dlm pergerakan politik; ahli-ahli jawatankuasa yg ~; 2. (Lin) menunjukkan subjek ayat melakukan sesuatu terhadap objek; ayat ~ ayat yg subjeknya melakukan sesuatu terhadap objek (mis ia memukul anjing); mengaktifkan membuat (menjadikan) aktif, menggiatkan: ~ kembali parti yg hampir mati; keaktifan kegiatan, kecergasan (bertindak, berusaha, dsb): kerana ~ dan semangatnya, hidup kembali parti kita; pengaktifan perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengaktifkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.tif] | اکتيف

Definisi : 1 giat bekerja atau berusaha: Dahulu dia memang ~ dlm bidang politik, tetapi sekarang sudah bosan agaknya. 2 kuat; bertenaga: Sungguhpun ayahnya sudah berumur tujuh puluh tahun, tetapi masih ~. mengaktifkan membuat supaya menjadi aktif; menggiatkan. keaktifan keadaan atau hal aktif. pengaktifan perbuatan atau hal mengaktifkan. pengaktif sesuatu (bahan dsb) yg mengaktifkan: ~ enzim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aktif


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pengangkutan aktifactive transportPengangkutan bahan dari kawasan yang berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi yang memerlukan protein pembawa dan tenaga.Menengah Atas
interaksiinteractionPerhubungan yang aktif dan saling bergantungan antara benda hidup.Sekolah Rendah
enzim intraselintracellular enzymeEnzim yang aktif hanya di dalam sel tempat ia terbentuk.Menengah Atas
hibernasihibernationKeadaan sesetengah haiwan yang tidak aktif atau tidur sepanjang musim sejuk. Contohnya, beruang.Sekolah Rendah
araknidarachnidHaiwan yang mempunyai lapan kaki dan kebanyakannya aktif pada waktu malam. Contohnya, labah-labah, kala jengking dan hama. Lihat RajahSekolah Rendah
mitokondriamitochondriaOrganel berbentuk batang atau sfera yang terdapat dalam sitoplasma semua sel aktif, kecuali sel bakteria dan alga biru-hijau. Mitokondria mempunyai dua lapisan membran, iaitu membran luar dan membran dalam yang berlipat-lipat yang disebut krista.Menengah Atas
tekanan akarroot pressureTekanan yang terbentuk di dalam akar sesetengah tumbuhan akibat pengangkutan aktif zat terlarut ke dalam xilem dan pergerakan air dari tanah ke dalam akar rambut melalui osmosis. Tekanan ini menyebabkan air bergerak naik ke atas bahagian tumbuhan.Menengah Atas
asid laktiklactic acid1. Asid yang terhasil apabila kekurangan oksigen dalam tisu otot yang aktif. 2. Asid yang terhasil melalui proses penapaian dalam sesetengah mikroorganisma.Menengah Atas
kupu-kupumothSejenis serangga dengan kepak yang berwarna pudar dan tertutup rapat sewaktu rehat. Kupu-kupu aktif pada waktu malam. Lihat RajahSekolah Rendah
duodenumduodenumBahagian pertama usus kecil yang terletak di antara perut dengan jejunum, berbentuk ladam dan terlibat secara aktif dalam pencernaan makanan.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas