akueus | aqueous | Perihal larutan yang pelarutnya ialah air. Contohnya, larutan akueus natrium klorida disediakan dengan melarutkan natrium klorida ke dalam air. | Menengah Rendah |
larutan akueus | aqueous solution | Larutan yang pelarutnya ialah air. | Menengah Rendah |
larutan akueus | aqueous solution | Larutan sebatian ion yang pelarutnya ialah air. | Menengah Atas |
air kapur | lime water | Larutan akueus kalsium hidroksida yang digunakan untuk mengesan kehadiran gas karbon dioksida. Apabila karbon dioksida dilalukan ke dalam air kapur, keladak putih kalsium karbonat akan terbentuk. | Menengah Atas |
keasidan | acidity | Tahap sifat asid sesuatu larutan akueus. | Menengah Rendah |
kealkalian | alkalinity | Tahap sifat alkali sesuatu larutan akueus. | Menengah Rendah |
elektrolit | electrolyte | Sebatian kimia yang boleh mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau larutan akueus. Contohnya, asid hidroklorik cair. | Menengah Rendah |
kemolaran | molarity | Bilangan mol zat larutan yang terdapat dalam 1 liter larutan. Contohnya, kemolaran larutan akueus natrium klorida ialah bilangan mol natrium klorida yang larut dalam 1 liter air. | Menengah Atas |
ion hidroksonium | hydroxonium ion | Ion hidrogen yang bergabung dengan satu molekul air. Ion ini terdapat dalam semua larutan akueus. Ia juga dikenali sebagai ion hidrogen atau ion oksonium. Formulanya, H3O+. | Menengah Atas |
elektrolisis | electrolysis | Proses penguraian sebatian kepada unsur-unsurnya apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Sebatian adalah dalam bentuk leburan atau larutan akueus. Lihat Rajah | Menengah Rendah |