Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pa.bi.la] | اڤابيلا

Definisi : (kata penghubung ayat yg bererti) pd ketika; semasa: ~ sampai di rumah, barulah ia membuka bungkusan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apabila

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Apabila orang miskin menghendaki wang,
     dia mendapat anak;
apabila orang kaya menghendaki anak,
     dia mendapat wang.

Bermaksud :

Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(53)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tanah liatclayTanah yang berwarna kelabu dan lembut, melekit apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan. Tanah ini biasanya digunakan untuk membuat tembikar. Lihat RajahSekolah Rendah
ionionAtom atau molekul yang kehilangan elektron, atau yang memperoleh elektron. Ion positif terbentuk apabila atom kehilangan elektron, dan ion negatif terbentuk apabila atom menerima elektron. Ion positif dikenali sebagai kation manakala ion negatif disebut anion.Menengah Atas
ujian MillonMillon’s testUjian untuk menguji kehadiran protein. Mendakan putih terbentuk apabila protein ditambahkan dengan reagen Millon. Kemudian, mendakan putih bertukar menjadi merah bata apabila campuran dipanaskan.Menengah Rendah
pengewapanvapourizationProses apabila cecair menyerap tenaga haba dan bertukar menjadi gas.Menengah Atas
menopausmenopauseKeadaan apabila ovulasi dan kitaran haid seseorang wanita berhenti secara semula jadi, biasanya berlaku pada umur 45 tahun ke atas.Menengah Atas
buasirhaemorrhoidsKeadaan apabila rangkaian vena di dubur mengembang akibat tekanan tinggi yang berterusan pada vena rektum.Menengah Atas
aneuploidianeuploidyKeadaan apabila bilangan kromosom kurang atau lebih daripada gandaan tepat bilangan haploid.Menengah Atas
gerakanmotionHasil perubahan apabila sesuatu objek bergerak.Sekolah Rendah
cirit-biritdiarrhoeaKeadaan apabila seseorang mengeluarkan najis cair dengan kerap akibat keracunan makanan, perengsaan dadah dan bahan kimia, disenteri, dan taun.Menengah Atas
tigmotropismethigmotropismGerak balas tumbuhan apabila menerima rangsangan sentuhan. Contohnya, batang dan sulur paut.Menengah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas