Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai] | باݢاي

Definisi : 1 seperti: ~ kucing dgn anjing. 2 banding; persamaan: Kecantikan anak gadis itu tidak ada ~nya. berbagai ada bandingnya; ada sepertinya; ada persamaannya: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tidak ~ pd masa itu. berbagai-bagai bermacam-macam; berjenis-jenis: Apabila pulang dr sekolah, saya membuat ~ kerja utk menolong ibu saya. bagaikan umpama; laksana. pelbagai berbagai-bagai. mempelbagaikan menjadikan berbagai-bagai. kepelbagaian keadaan atau hal pelbagai atau berbagai-bagai. sebagai 1 hampir sama keadaannya; seperti; seumpama. 2 berlaku; selaku: ~ orang Islam, dia berpuasa dlm bulan Ramadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagai

Puisi
 

Pisau lipat di atas geta,
     Ilmu jatuh ke padang;
Bagai disifat bagai dipeta,
     Haram tak jemu mata memandang.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Serangkap bak lembing,
     serumpun bak serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(438)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
udaraairAtmosfera bumi yang terdiri daripada campuran berbagai-bagai jenis gas, tidak mempunyai warna atau bau dan mempunyai jisim serta berat. Udara mewujudkan tekanan atmosfera.Menengah Rendah
jus pencernaandigestive juiceJus yang dirembeskan oleh pelbagai kelenjar usus kecil yang mengandungi berbagai-bagai enzim, seperti enterokinase, sukrase, laktase, maltase, dan amilase.Menengah Atas

Kembali ke atas