lipan | centipede | Sejenis haiwan berkaki banyak. Lipan juga mempunyai bisa beracun yang boleh menyebabkan musuhnya mati. | Sekolah Rendah |
berisi | fleshy | Sifat buah yang banyak isinya. Contohnya, buah mangga. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
aerenkima | aerenchyma | Sejenis tisu yang mempunyai banyak ruang udara antara sel yang terdapat pada akar, batang dan daun beberapa jenis tumbuhan akuatik. | Menengah Atas |
besi | iron | Logam yang kuat, berkilat dan mempunyai banyak kegunaan. Besi merupakan konduktor elektrik dan haba yang baik. | Menengah Rendah |
tanaman | crop | Tumbuhan yang ditanam dalam jumlah yang banyak di ladang, dusun atau sawah. Contohnya, tanaman padi. | Sekolah Rendah |
sulfur | sulphur | Unsur bukan logam berwarna kuning muda yang banyak digunakan dalam bidang perindustrian dan perubatan. | Menengah Rendah |
paru-paru | lungs | Organ pernafasan vertebrat. Organ ini mengandungi banyak alveolus yang menjadi tempat proses pertukaran gas. Paru-paru dikenali juga sebagai peparu. | Menengah Rendah |
organisma kompleks | complex organism | Organisma hidup yang terdiri daripada banyak sel (multisel). Contohnya, manusia. | Menengah Rendah |
makronutrien | macronutrient | Nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dalam jumlah yang banyak. Terdapat sembilan makronutrien, iaitu kalsium, magnesium, kalium, karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, sulfur dan fosforus. | Menengah Atas |
kelembapan | humidity | Kuantiti wap air yang terkandung di dalam udara. Semakin banyak wap air dalam udara semakin tinggi kelembapannya. | Menengah Rendah |