tekanan osmosis | osmotic pressure | Tekanan hidrostatik yang dihasilkan oleh sesuatu larutan di dalam ruang yang terpisah oleh membran separa telap, disebabkan oleh perbezaan kepekatan bahan terlarut. Lebih tinggi tekanan osmosis sesuatu larutan, lebih banyak air bergerak ke dalamnya. | Menengah Atas |
kelembapan | humidity | Kuantiti wap air yang terkandung di dalam udara. Semakin banyak wap air dalam udara semakin tinggi kelembapannya. | Menengah Rendah |
kiambang | water lettuce | Tumbuhan yang hidup secara terapung pada permukaan air. Tumbuhan ini banyak ditemui di dalam kolam atau tasik air tawar. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kalsium hidroksida | calcium hydroxide | Sebatian tak organik yang berbentuk hablur putih, larut dalam air, gliserol dan asid tetapi tidak larut dalam alkohol. Kalsium hidroksida banyak digunakan untuk membuat mortar dan simen. Bahan ini dikenali juga sebagai kapur mati. Formula Ca(OH)2. | Menengah Rendah |