gegelung primer | primary coil | Lingkaran wayar dari bekalan kuasa pada transformer yang mengalirkan arus input ulang-alik. | Menengah Atas |
wayar hidup | live wire | Wayar yang disambungkan kepada punca bekalan kuasa elektrik untuk mengalirkan arus elektrik kepada perkakas elektrik seperti televisyen dan radio. Sarung penebat bagi wayar hidup berwarna coklat. | Menengah Rendah |
litar | circuit | Susunan komponen elektrik seperti perintang, mentol, sumber bekalan kuasa dan suis untuk membentuk satu laluan arus elektrik. | Menengah Rendah |
bahan buangan organik | organic waste | Bahan yang tidak diperlukan sebagai bekalan nutrien badan dan tumbuhan. Contohnya, najis haiwan atau tumbuh-tumbuhan mati. | Sekolah Rendah |
jangka masa detik | ticker-timer | Peranti elektrik yang disambungkan kepada bekalan arus ulang-alik untuk mencetak titik pada pita detik pada sela masa yang tetap iaitu 0.02 saat. Lihat Rajah | Menengah Atas |
pemfluoridaan | fluoridation | Proses penambahan garam florida, biasanya natrium fluorida ke dalam bekalan air untuk mengurangkan kejadian karies gigi. | Menengah Rendah |
pemutus litar miniatur | miniature circuit breaker (MCB) | Alat keselamatan untuk melindungi perkakas elektrik dan pengguna. Alat ini memutuskan bekalan elektrik secara automatik sekiranya berlaku kebocoran elektrik atau litar pintas. | Menengah Rendah |
sumber tenaga tak boleh dibaharui | non-renewable energy sources | Sumber tenaga yang tidak boleh dijana semula atau diperbaharui kerana bekalan yang terhad atau penjanaan semula tenaga tersebut adalah mustahil. | Menengah Rendah |
migrasi | migration | Perpindahan sebilangan besar organisma daripada suatu populasi, dari suatu habitat ke suatu habitat yang lain. Perpindahan ini biasanya berlaku berdasarkan musim, iklim atau bekalan makanan. Contohnya, pada sesuatu musim sesuatu populasi haiwan mungkin berpindah ke sesuatu habitat, manakala pada sesuatu musim yang lain pula, populasi tersebut akan balik ke habitat asalnya. | Menengah Atas |
motor arus ulang-alik (motor a.u) | alternating current motor (a.c. motor) | Motor elektrik yang digerakkan oleh arus ulang-alik. Motor arus ulang-alik yang ringkas terdiri daripada gegelung pegun dawai, magnet dan sumber bekalan kuasa. | Menengah Rendah |