takat beku | freezing point | Suhu ketika sesuatu cecair menjadi pepejal. Contohnya, takat beku air ialah 0°C. | Sekolah Rendah |
pengeringan sejuk beku | freeze-drying | Proses pengeringan yang membekukan sesuatu dengan cepat diikuti oleh kaedah vakum, yang menyingkirkan air dalam bahan makanan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
gliserol | glycerol | Cecair likat, jernih, takat beku 18°C, takat didih 290°C, larut dalam air dan alkohol tetapi tidak larut dalam eter, benzena dan kloroform. Gliserol digunakan untuk membuat plastik. | Menengah Rendah |
skala Celsius | Celsius scale | Skala suhu berdasarkan takat beku air, 0°C dan takat didih air, 100°C. | Menengah Rendah |
ais | ice | Ketulan air yang keras, terbentuk pada takat beku air, iaitu pada suhu 0°C dan sangat sejuk apabila disentuh. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hidrogen peroksida | hydrogen peroxide | Cecair likat yang tidak berwarna, takat beku - 0.4°C, takat didih 150.2°C, dan larut dalam air dan alkohol. Hidrogen peroksida sangat reaktif dan dapat bertindak sebagai agen pengoksidaan. Sebatian ini biasanya digunakan sebagai bahan antiseptik dan bahan peluntur. | Menengah Rendah |
ais | ice | Air dalam keadaan pepejal yang terbentuk pada takat beku air, iaitu 0°C. Ais dapat terapung di atas air kerana ketumpatannya kurang daripada ketumpatan air. | Menengah Rendah |
pembekuan | freezing | Proses perubahan bentuk jirim daripada cecair kepada pepejal pada takat beku. | Menengah Rendah |
klorin | chlorine | Sejenis gas berwarna hijau kekuningan, larut sedikit dalam air, takat beku -101°C dan takat didih -34°C. Klorin digunakan dalam rawatan air, pembuatan racun perosak, plastik, bahan penyejuk dan bahan peluntur. | Menengah Rendah |
air | water | Cecair yang tidak berwarna, tidak berbau, tidak mempunyai rasa, takat beku 0°C dan takat didih 100°C. Biasanya, 60% – 95% daripada berat badan organisma terdiri daripada air. Formula H2O. | Menengah Rendah |