Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.han] | بلهن

Definisi : 1. celah (retak) panjang: ~ di tembok; 2. bahagian (kepingan) sesudah dibelah: ~ terbesar drpd nyiur itu, disimpannya utk esok; hatinya balik ~ hatinya berbalik-balik; 3. = ~ diri = ~ hati = ~ jiwa kekasih, isteri; 4. perihal mengerjakan sawah (tanah) orang lain dgn syarat hasilnya dibahagi dua: ia tidak menyewa tanah itu, tetapi mengambil ~; 5. Mn keluarga, sanak: bapanya bergelar Datuk Lela Panjang, suku Jelutung, ~ Raja Pagar Ruyung; ~ (sel) perihal memperbanyak sel; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.han] | بلهن

Definisi : 1 retak yg panjang: ~ pd tembok itu masih belum bertampal lagi. 2 bahagian sesuatu yg sudah dibelah: ~ betik itu disimpan dlm peti ais. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belahan

Puisi
 

Berkawan melayang ke kuala,
     Hinggap mari di dahan duku;
Manakala dikenang hatiku gila,
     Cintakan puteri belahan jiwaku.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
belahan deduabinary fissionSejenis pembiakan aseks, iaitu pembelahan sel induk yang matang untuk membentuk dua sel anak yang serupa. Contohnya, pembiakan ameba.Menengah Rendah
tenaga nuklearnuclear energyTenaga yang diperoleh daripada tindak balas nukleus dalam atom sama ada menerusi tindak balas belahan atau lakuran. Tenaga nuklear digunakan untuk menjana tenaga elektrik.Menengah Rendah
protozoaprotozoaOrganisma satu sel yang mempunyai satu nukleus atau lebih dan merupakan salah satu organisma yang paling ringkas. Organisma ini membiak secara belahan dedua. Contohnya, ameba dan paramesium.Menengah Rendah

Kembali ke atas