benzena | benzene | Sebatian hidrokarbon aromatik, berbentuk cecair, tidak berwarna, mudah terbakar, bersifat karsinogen, larut campur di dalam alkohol, karbon tetraklorida, eter, aseton, dan asid asetik, tetapi larut sedikit di dalam air. Formulanya, C6 H6. | Menengah Atas |
asid hidroklorik | hydrochloric acid | Asid yang tidak berwarna, mengakis, larut dalam air, alkohol dan benzena, dan merupakan asid yang kuat. Asid hidroklorik digunakan dalam penurunan bijih, pemprosesan makanan dan sebagai bahan uji makmal. Formula HCl. | Menengah Rendah |
formula molekul | molecular formula | Formula yang menunjukkan bilangan sebenar dan jenis atom yang terdapat di dalam sesuatu molekul. Contohnya, formula molekul benzena ialah C6H6 dan etanol C2H5OH. | Menengah Atas |
gliserol | glycerol | Cecair likat, jernih, takat beku 18°C, takat didih 290°C, larut dalam air dan alkohol tetapi tidak larut dalam eter, benzena dan kloroform. Gliserol digunakan untuk membuat plastik. | Menengah Rendah |
alkana | alkane | Kumpulan sebatian hidrokarbon tepu yang mengandungi hanya ikatan tunggal antara atom-atom karbon di dalam molekulnya. Alkana tidak larut dalam air, hanya larut dalam kloroform dan benzena, kurang reaktif, tetapi dapat bertindak balas dengan klorin atau bromin dengan kehadiran cahaya. Formulanya, CnH2n+2 . | Menengah Atas |